~Kata Hikmah~

``Orang Beriman yang dipupuk semangat taqwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan apa sekalipun dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t' '

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum semua..
Apa khabar semua??
Semoga semuanya sihat selalu..
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana masih dipinjamkan nyawa oleh-Nya untuk terus hidup n beribadat kepada-Nya..
Sebelum kita menjalani kehidupan pada tahun baru ini, perlulah kita ingat kembali akan kesalahan atau dosa yang kita lakukan pada tahun lepas..
Tidak kira la dosa pada tumbuh-tumbuhan, binatang ataupun manusia..
Yang terutama sekali dosa yang kita lakukan pada Allah s.w.t..
Oleh itu, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita semula dengan mengingatkan balik akan dosa-dosa yang telah kita lakukan pada tahun lepas..
Saya mengingatkan diri saya sendiri serta sahabat-sahabat sekalian agar memperbanyakkan solat sunat taubat serta mempertingkatkan amalan-amalan yang lain supaya Allah s.w.t dapat mengampunkan segala dosa kita yang lalu..
INSYAALLAH, Allah itu Maha Pengampun terhadap hambanya sekira kita meminta ampun kepada-Nya...
Semoga shabat-sahabat sekalian memiliki azam baru untuk tahun baru ini..
CHAIYOK2...


Wallahua'lam....