~Kata Hikmah~

``Orang Beriman yang dipupuk semangat taqwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan apa sekalipun dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t' '

Showing posts with label Coretan Diri. Show all posts
Showing posts with label Coretan Diri. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Gembira + Sedih

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah dengan izinnya sampai juga aku ke destinasi yang ingin di tuju. Perjalanan yang mengambil masa dekat sehari dari Queen Alia International Airport ke Kuala Lumpur International Airport memang amat memenatkan. Paling memenatkan sekali apabila kene trasit selama 11 jam di Muscat International Airport. Memang banyak sekali cabaran yang perlu ditempuh untuk sampai ke destinasiku.

Pertama kali pulang ke Malaysia selama dua tahun pengajian aku di Jordan. Banyak pengalaman dan tunjuk ajar dari kawan-kawanku yang biasa pulang ke Malaysia. Insyaallah smoge dengan semua itu akan menjadikan aku lebih pandai untuk berdikari dengan sendiri.

7 jam di dalam flight dari Muscat International Airport ke Kuala Lumpur International Airport sangat membosankan. Hatiku tidak sabar dan sering mengatakan 'bila la nk sampai malaysia ni?''. Perasaan itu sering bermain-main di dalam benak fikiranku. Masa aku dihabiskan dengan tidur saja. Nak tengok movie alat itu tidak berfungsi dengan baik. Jadinya tidur saja la...

Dalam pukul 9 waktu Malaysia aku tiba di KLIA. Alhamdulillah gembira sekali hati ini dapat sampai dengan selamat. Aku keluar dari flight  terus pergi check imegresen dan ambil bagasi. Cukup gembira sekali bila melihat ayahku berdiri di  pintu keluar lapangan terbang. Cukup berseri n gembira sekali wajahnya bila bertemu denganku. Kami pun terus bergerak ke kereta untuk pulang ke rumah.

Sedang dalam perjalanan untuk pulang kerumah, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Apabila aku check, aku dapati dompet aku tidak ade di kocek belakang seluar. Memang nervous sekali sungguh masa tu. Aku pun check dalam bag juga tidak aku ketemui. Memang sah tertinggal dalam flight. Aku tidak berani untuk menceritakan kepada ayahku disebabkan kami sudah jauh sekali dengan lapangan itu. Aku mengambil keputusan untuk menceritakan esok pagi. Mungkin ini satu kifarah dosa bagi aku di atas dosa aku yang lepas dan semoga menjadi pengajaran buatku supaya berhatu-hati. Semoga dompet aku diketemui semula.

Wassalam....

Monday, May 28, 2012

Kepulanganku ke Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. 
Alhamdulillah, syukur kepada-Mu Ya Allah kerana dengan limpah dari rahmatnya dapat lagi aku mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Aku bersyukur juga kerana masih diberi nafas untuk hidup di atas muka bumi ini dan sentiasa melakukan suruhan-Mu.


Hari ini 28 MEI 2012 bersamaan dengan 7 Rejab 1433 hijrah, tarikh yang aku nanti-natikan selama hampir 2 bulan lebih dari tarikh aku membelinya. Cukup gemberi sekali aku menantikan saat ini. Sudah hampir dua tahun aku di bumi Syam ini menelan seberapa banyak ilmu yang aku terima di sini. 

Walaubagaimanapun kadang-kadang perasaan sedih itu datang dengan tiba-tiba bila aku melihat sahabat-sahabatku sama batch dengan aku akan grade tidak lama lagi. Sedih sungguh hati aku tidak dapat balik bersama sahabat-sahabatku. Aku juga rasa sangat bersalah dengan mak dan abah kerana tidak dapat menamatkan pelajaran dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Memang ini salah aku sendiri kerana leka dan malas dalam pelajaran. 

Aku yakin apa yang telah berlaku pada aku selama ini adalah qada dan qadar dari Allah S.W.T. Tapi jangan jadikan semua itu sebagai alasan untuk kita berasa kurang semangat untuk belajar. Ambillah iktibar dan pengajaran atas apa yang berlaku pada kita. Mungkin Allah inginkan aku lebih lama di bumi Syam ini supaya lebih banyak ilmu yang aku perolehi.

Tahniah kepada sahabat seperjuanganku yang akan grade nanti. Semoga kalian semua sentiasa berjaya di dunia    mahupun di akhirat. Sebarkan islam dengan bagaimana cara sekalipun. Semoga kita akan bertemu jika ada kelapangan.

wassalam...

Sunday, January 22, 2012

Jelajah Turki Part 1


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah dengan izin Allah aku berjaya jugak menjejakkan kakiku ke bumi Turki yang penuh dengan sejarah islamnya tersendiri. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Jordan dengan menaiki flight. Apabila sampai saja di Ataturk International Airport, aku dan bersama sahabat2 pergi check-in hotel di Cardinal Hotel yang terletak di Cembelitas. Pemandangan disekeliling sangat menarik dan kelihatan seperti berada di kawasan Eropah. Kebanyakan bangunan direka seperti bangunan-bangunan yang ade di Eropah.Turki ini juga merupakan sempadan antara Eropah dan Asia. Dari airport ke hotel perjalanan mengambil masa 50 minit dengan menaiki monorel. Sampai di hotel aku berehat sebentar untuk menanti waktu makan malam. Setelah cukup berehat, aku bersama sahabat-sahabat pergi keluar untuk makan malam. Kebanyakan kedai-kedai yang ade disekitar hotel ini tutup lebih awal. Hanya kedai makan sahaja yang buka sampai lewat malam. Makanan di sini semua enak-enak belaka. Orang- orang di sini juga cukup peramah dan tidak sombong. Memang jauh sekali beza dengan masyarakat arab di Jordan dari segi tingkah laku dan sikap terhadap orang. Setakat ini saja tulisan saya untuk hari ini. Insyaallah i will continue next day..see you later..

suasana di Ataturk International Airport

masa nak ambil bag

suasana di luar turki

dalam monorel atau train

perhentian monorel



ketika di bazar pada waktu malam

exchange money


suasana pada waktu malam


kedai makam malam saya

orang kat sini cukup peramah

teh turki

makam malam

nama kedai

Friday, December 30, 2011

Mampukah Aku

final exam semakin hampir tapi persiapan dari segi ulangkaji masih belum cukup lagi. mampukah aku untuk menempuh semua ini. 'carry mark' aku dah la tak seberapa. cukup2 makan je. skg mcm2 masalah yang aq hadapi. ditambah lagi x dpt amek ijazah sme2 ngn sahabat2ku. mmg ckup sdih skali. walaubagaimapun, aq perlu usaha dgn lebih gigih n buktikn yang aq bleh. aq tak kan hampakan hasrat kedua ibu bapa aq walaupun mrk dah rse sdih sbb aq x dpt hbskn awal plajrn aq. mak n abah, along mntk maaf krn tlh melukakan hati kalian n x bljr sggh. insyaallah along akan usaha sggh2 n bntu mak abah dimasa akn dtg. doakan along berjaya n permudahkn along tuk jwb exam kali ini.


Final Exam

Assalamualaikum.....
Apa khabar sahabat semua, semoga semuanya sihat dan dapat menjalani kehidupan ini dengan baik...


Sudah hampir 3 bulan saya tidak meng'update' disebabkan beberapa masalah telah berlaku. Alhamdulillah, hari ini dapat jugak menggerakkan hati nak update blog ni.....


Jika kita tengok pada tajuk diatas berkenaan FINAL EXAM !!!!, pasti semua orang akan rasa gementar, cemas, nervous dan sebagainya.  Memang sudah menjadi lumrah semua orang akan jadi seperti itu. Terlalu banyak cara untuk kita belajar dan ulangkaji. Cuma terpulang pada umpunya badan yang menentukannya. Jika seseorang itu rajin dan berusaha INSYAALLAH dia akan berjaya, tapi jika dia malas dan tidak berusaha memang akan kecundang. Allah S.W.T maha berkuasa dan maha adil. Allah lebih mengetahui mana yang lebih elok untuk seseorang hamba itu. Jika kita berusaha sekuat mana pun tetapi Allah tidak benarkan, kita mesti terima dengan sebaik-baiknya. Kita hanya perlu berusaha dan rajin berdoa dan mendekatkan diri kepadanya. Moga2 doa kita diterima oleh-Nya.


Disini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk menghadapi exam. Walaupun tips ini tidak seberapa dan saya pun bukan pelajar cemerlang, moga tips ini akan beri manfaat kepada semua. Pertama semua sedia maklum perlu kepada study lebih awal sebelum exam. Cubalah fahami suatu subjek itu dengan sebaik-baiknya. Insyaallah kita akan dapat jawab dengan baik. Kedua, tidur awal pada hari exam dapat menjana otak dengan baik pada keesokan harinya. Ketiga, semasa bergerak dari rumah ke tempat exam kita boleh berselawat, berzikir dan mohon kepada Allah agar dipermudahkan untuk menjawab exam dengan baik. Keempat, semasa pengagihan kertas soalan kita boleh baca surah as-syarh(surah ke 94) dan baca doa penerang hati. Semasa jawab exam jika terlupa sentiasa la berselawat moga apa yang kita belajar dan hafal datang kembali.


Semoga ianya bermanfaat untuk semua. Mungkin ade lagi tips yang lebih baik dari saya. Tips ini sentiasa saya guna semenjak dari sekolah menengah. Kadang ianya menjadi dan kadang tak. Semuanya terletak pada Allah, jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, INSYAALLAH pasti DIA akan tolong tapi jika kita tak jaga, maka kita perlu redho dengan keputusan yang diberikan. Disini saya ingin mohon maaf kepada semua yang mengenali saya atau tak. Mohon doa sahabat2 semua agar saya dapat jawab exam dengan baik kali ini.


Sentiasa perbanyakkan amalam kepada Allah. Salam imtihan kepada semua yang ambil exam.


Wallahua'lam.....

Monday, August 1, 2011

Bulan Barakah Kembali Lagi

 Assalamualaikum w.b.t....Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat lagi kita bernafas di atas muka bumi ini dan kita juga patut bersyukur kerana-Nya kita masih lagi dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu Iman dan Islam. Selawat junjungan kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda telah bersusah payah untuk menyebarkan dakwah islam sehingga ke pelusuk dunia dan aku sangat bersyukur sekali dilahirkan dalam keadaan sudah beragama islam, Alhamdulillah. Moga aku akan menjadi seorang muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul.

 Sudah hampir setahun aku berada dibumi Jordan ini. Terlalu banyak halangan dan cabaran terpaksa ku tempuhi. Tapi berkat kesabaran serta dorongan dari mak abah dan sahabat2 disekelilingku menjadikan aku untuk terus berusaha lebih kuat lagi untuk berjaya dan harapanku agar dapat membawa pulang segulung ijazah untuk aku buktikan pada kedua mak dan abah yang kucintai.

 Hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 hijrah puasa pertamaku dibumi anbiya ini. Melihat keadaan sekeliling  tempat tinggalku, kebanyakan rumah  dan kedai dihiasi dengan cahaya yang terang-benderang untuk memeriahkan lagi suasana sekeliling. Semua orang arab di bumi anbiya ini menyambut kedatangan ramadhan diibaratkan seperti menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mereka sangat meninggikan martabat bulan Ramadhan tersebut tetapi lain pulak berbanding masyarakat Islam di Malaysia. Pada penglihatan saya, perkara yang sam dilakukan oleh masyarakat arab dan melayu islam di Malaysia ialah menghias rumah dengan cahaya2 yang memeriahkan kawasan tersebut. Pekara ini peperti sudah menjadi adat bagi Masyarakat melayu di Malaysia tetapi ianya tidaklah menjadi   perkara yang tidak elok jika kita melakukannya.

 Apa yang membezakan antara kedua-duanya ialah solat terawih. Perkara ini memang sangat berbeza sekali bila aku sendiri melihat secara live begitu ramai masyarakat arab memenuhi ruang masjid bagi menunaikan solat terawih. Tetapi lain pula di Malaysia, kebanyakan masjid hanya memenuhi lebih kurang 3 atau 4 sof sahaja(masjid negeri mungkin banyak sikit). Mungkin kebanyakan masyarakat di Malaysia  masih kurang lagi pendekatan mereka terhadap agama Islam lebih2 lagi berkaitan dengan rukun iman dan islam. Aku berharap para mahasiswa yang mengambil pengajiam islam atau yang seangkatan dengannya dapat menyedarkan masyarakat melayu islam seluruhnya.

 Ya Allah Ya Tuhanku, semoga engkau memanjangkan umurku agar aku dapat menikmati Ramadhan kali ini dan seterusnya. Engkau kurniakan pintu rahmat buat hambamu ini. Engkau ampunkanlah dosa2ku yang lepas2 sedang berlaku dan akan datang. Ya Allah Ya Rahman, terimalah taubat dari hambamu yang hina ini. Terlalu banyak dosa yang dilakukan samada zahir atau batin. Moga Ramadhan kali ini penuh barakah buatku serta sahabat2 sekalian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Ramadhan Karim.

Wallahu'alam...


Wednesday, July 6, 2011

Happy Birthday to my beloved father


Sanah Helwa tuk abah yg ke-52 (4 Julai )....

sori abah, along lupa harijadi abah dek sibuk dengan pelajaran....

along doakan semoga sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa ditunjuk jalan yang penuh rahmat & barakah....

terima kasih kerana mendidik along dengan baik walaupun dulu abah selalu marah dan rotan along tapi semua itu sangat berbaloi bagi along.....

jika tidak kerana itu mungkin along akan menyimpang ke jalan lain...

terim kasih abah yang ku sayangi (-_-)...

may Allah bless us always and guide us to the right way....

Tuesday, March 22, 2011

Sering Alpa

Assalamualaikum n salam ukhuwah kpd semua....agak lama juga tidak meluahkan kata2 atau menyampaikan  risalah2 n nasihat di laman sesawangku ini....itulah lumrah manusia yg sentiasa lupa dgn tugas yang telah diberikan oleh Allah sbg khalifah dimuka bumi ini...diri ini kadang2 sentiasa lupa untuk menjalankan tugas sbg pendakwah...dlm sabda nabi mafhumnya, 'sampaikanlah kepadaku walau satu ayat'...setiap hari manusia perlu sentiasa diingati dgn nasihat2 agr tidak diulang kesilapan yg lalu...insyaallah, akn dtg aku akan sntiasa menggunakan laman sesawang ini sbg medan dakwahku secara perlahan-lahan...bkn untuk mendapat publisiti tp berharap agr saudara sesama muslimku sentiasa brd dijalan yang benar n diredhoi oleh Allah....aku juga berharap agar tugas aku sbg pendakwah dpt menaikkan timbangan untuk aku ke syurga....Insyaallah...Amin Ya Allah....
Sekian, wasalam...(^_^)

Sunday, January 9, 2011

Chaiyok!!!!!!


dalam beberapa jam lagi paper terakhir akan ku tempuh......
walaupun diri ini dapat merasakan masih kurang lagi ulangkaji, tapi INSYAALAH aku pasti boleh lakukan....
wahai sahabat2ku sekalian, berusaha dan yakinlah dengan apa yang kalian jawab nanti...selepas itu barulah kita berdoa dan tawakal kepada-NYA.....
mudah-mudahan kita sama2 berjaya dalam exam kali ini dan harap2 semuanya cemerlang...
BITTAUFIQ WAN NAJAH......

Friday, January 7, 2011

My first birthday at Jordan...


Assalamualaikum w.b.t........

ape kbr smue?hrap2 shat blake...

di sini saya ingin m'ngucpkn trime ksih kpd smue sahabat2ku yang sudi mengadakn mjlshari jadi untuk ku ini....

rse mcm nk nangis pun ade sbb ni la first time smbt birthday yg ckup meriah.....

aq doakn smoge smue sahabat seperjuanganku berjaya didunia n akhirat....

korg  smue mmg terbaik la bg aku...

 당신을 사랑해(nan dangsin-eul salanghae).

my birthday kek bli kt dhoiah..


kek org buat,huhu....

adan yg buat...


adan,aku n amir..


hazim,arif n daus...


seronoknya...


borak pe 2...

spe yg plg cute kt sni?????

ni la jd nya slps hbs mjls...hbs brsepah umh,ish3....


by the way, thanks to all my friends that make this party to me n i appriciate it.....

aq harap ukhuwah kita akn kekal selamanya...

SYUKRAN JAZILAN YA IKHWAN....

UKHUWAH FILLAH...

Monday, January 3, 2011

Sanah Helwa to my sister....(^_^)




Happy birthday to my sister Fatiemah Az-Zahrah binti Mohd Saifuddin....

abg doakn smoge kamu sntiase dicucuri rahmat Allah, dipanjangkan umur, dimurahkn rezeki n di permudhkn sgala urusnmu oleh Allah....

congratulation for you that you had success in SMA, i'm very proud of you...

hmm,masuk tahun ni dh 17 tahun skg.....cpt sggh masa brlalu....n thun ni jgk kamu akn mnduduki pepriksaan SPM....

berusaha la brsungguh-sggh dlm peperiksaan nti n dpt kn result yg cmrlg....


생일 축하(saeng-il chugha)......

Exam Paper...



paper pertama > mikroekonomi..
Alhamdulillah,ddh lps tp sdikit kecewa sbb trlupa nk jwb bbrp soalan...
hmm,bengkek rsenya tp apa kan daye mnde dh lpas..
tawakal je la..

paper kedua > asalib bahas..
sudah lepas jgak...
gak mncabr n susah jgak solan nya...
pe2 pun dh try my best..
wish you alll gud luck,huhu...


paper ketiga > fikru iqtisod wal masorif islami..
yang ni la paper plg mncabar skali...
mmg susah nk fhm...
carry mark tuk sbjk ni pun xde la tggi sngt..
cuma 31 je...
tp msti score gak tuk final exam ni...
aja2 fighting...

paper keempat > makroekonomi
and the last paper exam..
nsb bek xla ssh angt...
sama sje isi buku ni dgn yang BI punya..
cuma ianya dlm BA..
smoge dpt jwb nya dgn baik...





SELAMAT MENJAWAB SEMUA...
GOOD LUCK...
حظا سعيدا...
행운을 빕니다(haeng-un-eul bibnida)...




안녕히(annyeonghi).......

Happy birthday....


Selamat Hari Jadi - Happy Birthday - عيد ميلاد سعيد - 생일 축하(saeng-il chugha)

kini umur mu sudah 14 thun n dg meningkt remaja......

tp abg sndri xtau ape yg trsirat dlm jiwamu..

apa yg pntg abg harapkn adlh, kamu akn mnjadi sorg insan yg berguna kpd masyarkt kelak..

yg paling pntg skali sntiasa la berusaha dlm mncari redho Allah...

semoga kamu dipanjangkn umr n dimurhkn rezeki oleh Allah..

smoge success slalu dlm ape jua ujian...

chaiyok2 - aja2 fighting...

salam perantauan dari abangmu...


Sunday, January 2, 2011

Final Exam

PEPERIKSAAN!!! - EXAM!!!
امتحان!!! - 시험(siheom)!!!





sudah hampir 4 bulan  aku belajar untuk sem 1  tahun 1 di Universiti Yarmouk...
apakah aku dapat memahami kesemua yang aq pelajari dari doktor????
mungkin tidak sama sekali...agak susah juga and terlalu mencabar sekali pembelajaran yang perlu aq tempuhi selama 4 bulan..
akhir sekali terpaksa menempuh cabaran terakhir iaitu, FINAL EXAM!!!!!
seram sungguh rasanya, dalam keadaan diri yagn masih kurang lagi cuba sedaya upaya untuk menempuhinya juga...

seminggu sebelum exam aku cuba untuk strugle sekuat-kuatnya...

x tau la macam ape aku ni....

makin lama study, makin pening kepala aku dibuatnya...

jadilah aku macam gambar diatas, akibat terlalu letih kerana banyak sangat nk kena study...

the point is kita mestilah study lebih awal agar dapat backup semua silibus..

jangan jadi macam aku study last minute sepertimana kata2 dari pakar motivasi...

peruntukkan la masa dgn sebaiknya...

apa yang penting perlulah berusaha keras and jangan cepat mudah mengalah...

nd cubalah berbincang dengan sahabat kita...

mungkin mereka dpt membantu kita...

aku doakan smoga semua sahabat2ku dapat menjawab peperiksaan dengan baik and cemerlang...


SELAMAT BERJAYA!!! - GOOD LUCK!!! - بالتوفيق والنجاح!!! - 행운을 빕니다(haeng-un-eul bibnida)!!!

WALLAHHUA'LAM....

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum semua..
Apa khabar semua??
Semoga semuanya sihat selalu..
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana masih dipinjamkan nyawa oleh-Nya untuk terus hidup n beribadat kepada-Nya..
Sebelum kita menjalani kehidupan pada tahun baru ini, perlulah kita ingat kembali akan kesalahan atau dosa yang kita lakukan pada tahun lepas..
Tidak kira la dosa pada tumbuh-tumbuhan, binatang ataupun manusia..
Yang terutama sekali dosa yang kita lakukan pada Allah s.w.t..
Oleh itu, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita semula dengan mengingatkan balik akan dosa-dosa yang telah kita lakukan pada tahun lepas..
Saya mengingatkan diri saya sendiri serta sahabat-sahabat sekalian agar memperbanyakkan solat sunat taubat serta mempertingkatkan amalan-amalan yang lain supaya Allah s.w.t dapat mengampunkan segala dosa kita yang lalu..
INSYAALLAH, Allah itu Maha Pengampun terhadap hambanya sekira kita meminta ampun kepada-Nya...
Semoga shabat-sahabat sekalian memiliki azam baru untuk tahun baru ini..
CHAIYOK2...


Wallahua'lam....

Wednesday, September 22, 2010

Hari Pertama Sesi Pembelajaran

Assalamualaikum w.b.t.....
Setelah menunggu hampir 5 hari untuk mendaftar subjek di Universiti Yarmouk, akhirnya dapat jugak saya meneruskan sesi pembelajaran dengan baik. Walaupun letuh menunggu selama 5 hari itu masih ada tapi itu tidak menjadi masalah bagi saya dan juga buat sahabat2 yang malah akan menjadi kekuatan bagi kami untuk meneruskan pembelajaran kami di bumi Jordan ini. saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua senior2 yang banyak membantu kami terutamanya kepada Mohamad Ain yang banyak membantu saya dan sahabat2 lain untuk mendaftar subjek. Hari ini adalah hari pertama saya masuk kuliah dan kuliah pertama bermula pada pukul 8 pagi waktu Jordan. Disebabkan kuliah pukul 8 tersebut, saya dan bersama 2 orang rakan saya berpusu-pusu dalam fakulti syariah untuk mencari bilik kuliah itu. Al-maklumla, baru lagi kat fakulti ini. Nasib baik kami sempat masuk bersama pensyarah dan pensyarah sudi memaafkan kami. Hehe,rupa-rupanya bukan kami seorang saja yang terlambat tetapi akhawat pun ade jugak yang lambat. Tak la segan kami dibuatnya. Semua itu adalah ujian dari Allah dan kita tidak dapat mengelakkan tetapi kita sebagai hambanya mestilah pandai menyusun masa agar kita tidak akan terlambat ke kuliah dan masa yang terluang tidak akan dibazirkan dengan perkara2 yang tidak berfaedah. Kuliah kedua bermula pada pukul 12.30 dan masing2 semua tahu ini adalah merupakan waktu yang amat mencabar bagi saya dan juga rakan yang lain. Waktu ini memang sangat memenatkan dan merupakan waktu untuk berehat tetapi kami perlu menghadiri kuliah. Walaubagaimanapun, saya kuatkan semangat untuk menghadiri kelas itu dan ternyata saya dapat melakukannya. Alhamdulillah,saya bersyukur kepada Allah kerana dapat memahami apa yang pensyarah itu sampaikan. Tetapi ada juga segelintir daripada rakan2 saya kurang memahami apa yang pensyarah sampaikan. Itu semua tidak menjadi masalah sebab, kita masih awal di sini dan tidak menangkap apa yang pensyarah cuba sampaikan. Lama kelamaan nanti, Insyallah berkat usaha dan selalu berdoa kita pasti berjaya. Perlulah kita saling bantu-membantu antara satu sama lain supaya sama2 berjaya. Saya berharap agar semua rakan2 termasuk saya akan berjaya di bumi Jordan ini. Saya doakan  seramai 38 orang termasuk saya akan balik bersama-sama membawa segulung ijazah untuk dihadiahkan kepada ibu dan bapa kami nanti,amin Ya Robbal Alamin....
Sekian,wasalam..

Sunday, September 19, 2010

PERMULAAN..!!!

Assalamualaikum.w.b.t.....


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi kesempatan untuk melanjutkan pengajianku di bumi anbiya ini iaitu Jordan. Sebelum itu tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti kepada semua sahabat2 yang mengenali diri ini. Kini, bermulalah perjalananku seorang musafir di bumi anbiya demi mencari tinta2 ilmu yang sangat meluas dan tak terkira. Seperti yang alan kata, apabila sampai di Jordan ini yang pertama sekali niat mesti ditetapkan terlebih dahulu iaitu niat untuk belajar dan dapatkan seberapa banyak ilmu yang ade di sini tetapi yang penting sekali jagalah segala anggota badan agar tidak terjerumus kedalam kemungkaran. Saya berharap agar sahabat2 seperjuangan dapat mempersiapkan diri untuk menempuh segala cabaran sebagai seorang musafir di bumi orang dan kita jadikan semua itu sebagai kekuatan bagi kita untuk menjadi seorang dai' di tempat kita sendiri. Wallahua'lam...

Friday, May 14, 2010

Nset rosak..

Sunday, October 18, 2009

Update

Assalamualaikum kepada semua sahabat2 yang mengenali diriku ini. Ape kabo sume??harap sume nya sihat belake...ari ni sudah masuk mggu ke-3 aku berada di ikip untuk tahun ke-2 dalam jurusan ekonomi & perbankan islam...agak lame juga aku x 'update' blog ku ini..

Untuk sem 3 bg tahun ke-2 ini, aq mengambil 6 madah. Antaranya:
  1. المالية العامة الإسلامية
  2. الدعوة والإعلام الإسلامي
  3. الفقه المعاملات
  4. التقوية العربية
  5. Mathematical Economi
  6. Computer
Inilah subjek2 yang aq ambil untuk sem ni. Mungkin agak susah jugak, tapi aq akan berusaha untuk mendapat markah yang terbaik. Sebelum kite memulakan sesi pembelajaran kite, mau x mau kite terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah. Selalunya untuk minggu pertama mesti muhadharah banyak x de. Bese r 2, minggu pertama la kate kan. Antara masalah2 yang selalu timbul ialah ketiadaan pensyarah & xde buku. Perkara ini selalu terjadi..Tapi itu tidak menjadi masalah bagi aku dan rakan2 yang lain.

Sampai sekarang masalah itu makin lame makin berkurang. Kami mencari inisiatif lain iaitu dengan fotostat buku2 yang xde. Wat mase sekarang cume buku mathematical economi n computer je yang xde lagi tapi yang lain dah ade. Alhamdulillah semua subjek sudah dimulakan pembelajarannya. Cume tinggal lagi 1 madah je, COMPUTER.. Sampai sekarang x tau khabar berita..bile la aku akan blajar subjek tu..dah la tu Malaysia punya subjek..klo x lepas kang dh menjadi 1 masalah..

Untuk sem ni aku telah dilantik oleh rakan2 bagi memegang jawatan exco ibadah dalam P.E.R.M.A.I.Y.A....dengan pelantikan ini tanggungjawabku semakin besar..aku perlu membentuk akhlak & sahsiah bagi student yarmouk..banyak aktiviti yang perlu aku jalankan..boleh ke aku menjalankan tanggungjawabku ini??semoga rakan2 semua dapat mendoakan aq agar aku berjaya memikul tanggungjawabku ini...

Setakat ini saja coretanku untuk kali ini..insya Allah akan di 'update' dari mase ke semase...
Sekian,wasalam....

Tuesday, July 7, 2009

Did You Know..

THE DIFFERENCES BETWEEN LOVE 'N' LIKE...

In front of the person you LOVE,your heart beats faster...But
In front of the person you LIKE, you fell happy.

In front of the person you LOVE, winter seems like spring...But
In front of the person you LIKE, winter is just beautiful winter.

If you look into the eyes of the one you LOVE,you blush

In front of the person you LOVE , you tend to shy...But
In front of the person you LIKE, you can show yourself

You can't look straight into the eyes into the one you LOVE...But
You can always smile into the eyes of the one you LIKE

When the one you LOVE is crying, you cry with him...But
When the one you LIKE is crying , you end up comforting

The feeling of LOVE start from the eyes and
The feeling of LIKE start from ears...