Assalamualaikum w.b.t....Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat lagi kita bernafas di atas muka bumi ini dan kita juga patut bersyukur kerana-Nya kita masih lagi dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu Iman dan Islam. Selawat junjungan kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda telah bersusah payah untuk menyebarkan dakwah islam sehingga ke pelusuk dunia dan aku sangat bersyukur sekali dilahirkan dalam keadaan sudah beragama islam, Alhamdulillah. Moga aku akan menjadi seorang muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul.
Sudah hampir setahun aku berada dibumi Jordan ini. Terlalu banyak halangan dan cabaran terpaksa ku tempuhi. Tapi berkat kesabaran serta dorongan dari mak abah dan sahabat2 disekelilingku menjadikan aku untuk terus berusaha lebih kuat lagi untuk berjaya dan harapanku agar dapat membawa pulang segulung ijazah untuk aku buktikan pada kedua mak dan abah yang kucintai.
Hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 hijrah puasa pertamaku dibumi anbiya ini. Melihat keadaan sekeliling tempat tinggalku, kebanyakan rumah dan kedai dihiasi dengan cahaya yang terang-benderang untuk memeriahkan lagi suasana sekeliling. Semua orang arab di bumi anbiya ini menyambut kedatangan ramadhan diibaratkan seperti menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mereka sangat meninggikan martabat bulan Ramadhan tersebut tetapi lain pulak berbanding masyarakat Islam di Malaysia. Pada penglihatan saya, perkara yang sam dilakukan oleh masyarakat arab dan melayu islam di Malaysia ialah menghias rumah dengan cahaya2 yang memeriahkan kawasan tersebut. Pekara ini peperti sudah menjadi adat bagi Masyarakat melayu di Malaysia tetapi ianya tidaklah menjadi perkara yang tidak elok jika kita melakukannya.
Apa yang membezakan antara kedua-duanya ialah solat terawih. Perkara ini memang sangat berbeza sekali bila aku sendiri melihat secara live begitu ramai masyarakat arab memenuhi ruang masjid bagi menunaikan solat terawih. Tetapi lain pula di Malaysia, kebanyakan masjid hanya memenuhi lebih kurang 3 atau 4 sof sahaja(masjid negeri mungkin banyak sikit). Mungkin kebanyakan masyarakat di Malaysia masih kurang lagi pendekatan mereka terhadap agama Islam lebih2 lagi berkaitan dengan rukun iman dan islam. Aku berharap para mahasiswa yang mengambil pengajiam islam atau yang seangkatan dengannya dapat menyedarkan masyarakat melayu islam seluruhnya.
Ya Allah Ya Tuhanku, semoga engkau memanjangkan umurku agar aku dapat menikmati Ramadhan kali ini dan seterusnya. Engkau kurniakan pintu rahmat buat hambamu ini. Engkau ampunkanlah dosa2ku yang lepas2 sedang berlaku dan akan datang. Ya Allah Ya Rahman, terimalah taubat dari hambamu yang hina ini. Terlalu banyak dosa yang dilakukan samada zahir atau batin. Moga Ramadhan kali ini penuh barakah buatku serta sahabat2 sekalian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Ramadhan Karim.
Wallahu'alam...