Assalamualaikum.....
Setiap hari kita ummat Islam digalakkan oleh agama agar memulakan setiap pekerjaan dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim,yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Begitulah kehendak Allah agar setiap hambanya mengenangNya sebagai tuhan yang bersifat terlalu pengasih & penyayang.
Dan begitulah juga sifat kekasihNya junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w) mempamerkan kaseh sayang dalam gerak kerja dakwahnya kepada semua insan, tak terkecuali kepada mereka yang menzalimi baginda. Demikianlah rahsia kejayaan Rasulullah, hasil strategi baginda iaitu sabar dan Kasihsayang.Bagi mereka yang mengaku menyambung sirah perjuangan baginda, wajarlah kita mengambil strategi ini supaya kita dapat menikmati kejayaan sebagaimana berjayanya Baginda & para sahabat menawan hati manusia dengan akhlak yang tinggi.
Sekiranya kita berjaya mengamalkan konsep kasih sayang tajaan Rasulullah di dalam ummat Islam di negara kita, kita telah berdakwah kepada bukan Islam secara tidak lansung, kerana fitrah setiap insan sukakan kasehsayang.Hari ini kita perlu sama-sama membuktikan bahawa agama kita adalah agama kasehsayang, dengan membalas setiap kejahatan manusia dengan kebaikan dan mendoakan mereka rahmat Allah Taala.Jauh bezanya tegur kerana sayang, dengan tegur kerana benci.
Bagi mereka yang menegur kerana sayang, jiwa mereka bimbang seandainya orang yang ditegur itu menerima azab & siksaan Allah, kerana dia sendiri terlalu takut pada azab Allah,sehingga takut orang lain menerima azab Allah.Sebaliknya bagi mereka yang menegur kerana benci,mereka akan berpuashati melihat orang yang ditegur itu terdiam,malu & tidak dapat mempertahankan diri kerana dicaci bertalu-talu olehnya,apa yang penting “aku menang”,lagi malu orang itu,lagi bagus,maka dihebohkan maksiat yang dilakukan oleh orang itu.
Para sahabat sifatnya terlalu membenci dosa,tetapi menyayangi dan mengasihani pendosa,apatah lagi sekiranya orang itu orang Islam.Pernah diceritakan,sikap saidina Umar Al-Khattab memaafkan seorang rakyatnya yang menikam beliau dari belakang semasa mengimami solat berjamaah.
Begitu juga sikap saidina Ali karamallahuwajhah,semasa hidupnya orang-orang miskin tertanya-tanya siapakah yang memberi mereka sedekah pada setiap malam,perkara ini berterusan sehinggalah saidina Ali wafat,barulah diketahui beliaulah yang memberi sedekah,kerana tidak ada orang yang memberi sedekah pada setiap malam selepas wafatnya beliau.
Begitulah sikap para sahabat yang memiliki nilai kasehsayang yang tinggi,daripada siapa lagi mereka mencontohinya kalau bukan dari Rasullah. Ayuh semua,kita suburkan kasehsayang dalam perjuangan kita,agar kita dapat membalas lontaran batu dari musuh kita dengan buah yang manis disertai senyuman yang ikhlas dari hati.
Insyallah
ReplyDelete