Assalamualaikum w.b.t.....
Setelah menunggu hampir 5 hari untuk mendaftar subjek di Universiti Yarmouk, akhirnya dapat jugak saya meneruskan sesi pembelajaran dengan baik. Walaupun letuh menunggu selama 5 hari itu masih ada tapi itu tidak menjadi masalah bagi saya dan juga buat sahabat2 yang malah akan menjadi kekuatan bagi kami untuk meneruskan pembelajaran kami di bumi Jordan ini. saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua senior2 yang banyak membantu kami terutamanya kepada Mohamad Ain yang banyak membantu saya dan sahabat2 lain untuk mendaftar subjek. Hari ini adalah hari pertama saya masuk kuliah dan kuliah pertama bermula pada pukul 8 pagi waktu Jordan. Disebabkan kuliah pukul 8 tersebut, saya dan bersama 2 orang rakan saya berpusu-pusu dalam fakulti syariah untuk mencari bilik kuliah itu. Al-maklumla, baru lagi kat fakulti ini. Nasib baik kami sempat masuk bersama pensyarah dan pensyarah sudi memaafkan kami. Hehe,rupa-rupanya bukan kami seorang saja yang terlambat tetapi akhawat pun ade jugak yang lambat. Tak la segan kami dibuatnya. Semua itu adalah ujian dari Allah dan kita tidak dapat mengelakkan tetapi kita sebagai hambanya mestilah pandai menyusun masa agar kita tidak akan terlambat ke kuliah dan masa yang terluang tidak akan dibazirkan dengan perkara2 yang tidak berfaedah. Kuliah kedua bermula pada pukul 12.30 dan masing2 semua tahu ini adalah merupakan waktu yang amat mencabar bagi saya dan juga rakan yang lain. Waktu ini memang sangat memenatkan dan merupakan waktu untuk berehat tetapi kami perlu menghadiri kuliah. Walaubagaimanapun, saya kuatkan semangat untuk menghadiri kelas itu dan ternyata saya dapat melakukannya. Alhamdulillah,saya bersyukur kepada Allah kerana dapat memahami apa yang pensyarah itu sampaikan. Tetapi ada juga segelintir daripada rakan2 saya kurang memahami apa yang pensyarah sampaikan. Itu semua tidak menjadi masalah sebab, kita masih awal di sini dan tidak menangkap apa yang pensyarah cuba sampaikan. Lama kelamaan nanti, Insyallah berkat usaha dan selalu berdoa kita pasti berjaya. Perlulah kita saling bantu-membantu antara satu sama lain supaya sama2 berjaya. Saya berharap agar semua rakan2 termasuk saya akan berjaya di bumi Jordan ini. Saya doakan seramai 38 orang termasuk saya akan balik bersama-sama membawa segulung ijazah untuk dihadiahkan kepada ibu dan bapa kami nanti,amin Ya Robbal Alamin....
Sekian,wasalam..
No comments:
Post a Comment