Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah dengan izin Allah aku berjaya jugak menjejakkan kakiku ke bumi Turki yang penuh dengan sejarah islamnya tersendiri. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Jordan dengan menaiki flight. Apabila sampai saja di Ataturk International Airport, aku dan bersama sahabat2 pergi check-in hotel di Cardinal Hotel yang terletak di Cembelitas. Pemandangan disekeliling sangat menarik dan kelihatan seperti berada di kawasan Eropah. Kebanyakan bangunan direka seperti bangunan-bangunan yang ade di Eropah.Turki ini juga merupakan sempadan antara Eropah dan Asia. Dari airport ke hotel perjalanan mengambil masa 50 minit dengan menaiki monorel. Sampai di hotel aku berehat sebentar untuk menanti waktu makan malam. Setelah cukup berehat, aku bersama sahabat-sahabat pergi keluar untuk makan malam. Kebanyakan kedai-kedai yang ade disekitar hotel ini tutup lebih awal. Hanya kedai makan sahaja yang buka sampai lewat malam. Makanan di sini semua enak-enak belaka. Orang- orang di sini juga cukup peramah dan tidak sombong. Memang jauh sekali beza dengan masyarakat arab di Jordan dari segi tingkah laku dan sikap terhadap orang. Setakat ini saja tulisan saya untuk hari ini. Insyaallah i will continue next day..see you later..
suasana di Ataturk International Airport
masa nak ambil bag
suasana di luar turki
dalam monorel atau train
perhentian monorel
ketika di bazar pada waktu malam
exchange money
suasana pada waktu malam
kedai makam malam saya
orang kat sini cukup peramah
teh turki
makam malam
nama kedai