~Kata Hikmah~

``Orang Beriman yang dipupuk semangat taqwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan apa sekalipun dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t' '

Sunday, January 22, 2012

Jelajah Turki Part 1


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah dengan izin Allah aku berjaya jugak menjejakkan kakiku ke bumi Turki yang penuh dengan sejarah islamnya tersendiri. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Jordan dengan menaiki flight. Apabila sampai saja di Ataturk International Airport, aku dan bersama sahabat2 pergi check-in hotel di Cardinal Hotel yang terletak di Cembelitas. Pemandangan disekeliling sangat menarik dan kelihatan seperti berada di kawasan Eropah. Kebanyakan bangunan direka seperti bangunan-bangunan yang ade di Eropah.Turki ini juga merupakan sempadan antara Eropah dan Asia. Dari airport ke hotel perjalanan mengambil masa 50 minit dengan menaiki monorel. Sampai di hotel aku berehat sebentar untuk menanti waktu makan malam. Setelah cukup berehat, aku bersama sahabat-sahabat pergi keluar untuk makan malam. Kebanyakan kedai-kedai yang ade disekitar hotel ini tutup lebih awal. Hanya kedai makan sahaja yang buka sampai lewat malam. Makanan di sini semua enak-enak belaka. Orang- orang di sini juga cukup peramah dan tidak sombong. Memang jauh sekali beza dengan masyarakat arab di Jordan dari segi tingkah laku dan sikap terhadap orang. Setakat ini saja tulisan saya untuk hari ini. Insyaallah i will continue next day..see you later..

suasana di Ataturk International Airport

masa nak ambil bag

suasana di luar turki

dalam monorel atau train

perhentian monorel



ketika di bazar pada waktu malam

exchange money


suasana pada waktu malam


kedai makam malam saya

orang kat sini cukup peramah

teh turki

makam malam

nama kedai

1 comment:

  1. untung r dapat g Turki. Aku kalau ada duit mmg da lama teringin nak pergi sana. Nak tengok "orang jauh" belajar dekat sana. hehehe..

    ReplyDelete