~Kata Hikmah~

``Orang Beriman yang dipupuk semangat taqwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan apa sekalipun dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t' '

Sunday, October 18, 2009

Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alamtersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawasegala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Seram...

Pengalaman seram ini adalan cerita yang pernah aku dengar dari kawan-kawanku. Aku tidak pasti kebenarannya. Walau bagaimanapun biarlah ianya menjadi tatapan umum sebagai panduan dan teladan.

Ali (bukan nama sebenar) sedang dalam perjalanan pulang kekampung untuk bercuti hari raya di Kelantan. Sewaktu melalui jalan sunyi dikawasan Endau-Rompin, Ali teringat akan kisah-kisah yang pernah didengar. Bulu romanya meremang. Lekas-lekas dia menaikkan tingkap keretanya dan memasang radio kuat-kuat. Tiba-tiba melintas seekor binatang dihadapan keretanya. Dengan segera dia menekan brek tetapi tidak sempat. Dia telah terlanggar seekor tenggiling. Ali menyumpah kerana dia baru sahaja membeli kereta barunya minggu lepas. Belum pun sempat nak tayang dekat orang dikampung dah bercalar. Dia segera keluar dan memeriksa kesan dikeretanya. Memang ada kesan calar dan kemik. Ali bertambah berang. Dia menyepak-nyepak tenggiling yang masih mengelupur sambil menyumpah-nyumpah. Tiba-tiba lalu seseorang dengan berbasikal. Orang tua itu cuma memandang tegak kehadapan tanpa menoleh. Ali yang sedang marah terus merungut-rungut sendirian. Katanya orang-orang kampung dikawasan itu sombong. Langsung tidak mahu menoleh atau menegur. Katanya lagi, itu baru dapat basikal buruk, belum lagi kereta baru seperti dia. Kalau dah dapat kereta, agaknya orang tua tu main langgar je sesiapa yang dia nampak. Begitu rungutan Ali yang baur riak.

Ali meneruskan perjalanan. Apabila dia hendak memintas orang tua yang berbasikal tadi, dengan sengaja dia menekan clutch dan minyak supaya bunyi keretanya bertambah kuat dan sambil itu dia membunyikan air-horn yang baru dipasangnya semalam. Dia ketawa kecil sendirian sambil berkata dalam hatinya, "Padan muka kau. Lain kali sombong kat aku lagi..". Apabila dia melihat cermin pandang-belakang, kelibat orang itu tidak kelihatan. Mungkin dia dah tersungkur dan mengelupur macam tenggiling tadi, bisik hati Ali sambil tersenyum puas.

Ali terus membelah malam melalui jalan sunyi yang memang terkenal dengan berbagai cerita seram. Keadaan jalan yang penuh dengan selekoh membuat Ali tidak dapat hendak memecut keretanya lebih dari 90 km sejam. Perasaan marahnya tadi telah menghilangkan rasa takutnya. Dia menurunkan tingkap untuk menyedut udara malam yang segar sambil mendengar radio dengan kuatnya. Tiba-tiba siaran radio terhenti. Suasana menjadi sunyi. Ali bersungut, "Boring betul lalu kat kawasan hutan ni, siaran radio pun tak dapat. Patut la orang-orang kawasan ni tak pandai bergaul". Suasana sunyi membuatkan Ali merasa mengantuk. Tiba-tiba matanya menjadi segar apabila melihat orang tua berbasikal tadi berdiri dibahu jalan sambil tersenyum apabila kereta Ali melintas dihadapannya. Ali gugup seketika. Dia membuat andaian, mungkin itu cuma mainan perasaan. Dia melihat cermin pandang-belakang. Orang tua tadi tidak kelihatan. Hatinya lega. Tidak lama kemudian dia menjadi berdebar-debar semula apabila terdengar seperti suara orang berbual betul-betul disebelah kanannya. Cepat-cepat dia menaikkan tingkap. Tetapi suara tadi masih jelas kedengaran. Sesekali dia terdengar seperti suara itu memanggil-manggil namanya mendayu-dayu. Denyutan jantungnya semakin laju dan begitu juga dengan kereta yang dipandunya. Kalau boleh dia ingin segera sampai ke pekan yang terdekat. Tiba-tiba dihadapannya berdiri orang tua tadi bersama basikalnya. Ali sempat melihat yang orang tua tadi tidak mempunyai kaki. Dia seolah-olah terapung ditengah-tengah jalan sambil tersengih. Suara hilaian memekakkan telinganya. Ali sudah tidak dapat mengawal keretanya lalu terbabas. Keretanya menjunam kedalam gaung. Menurut cerita, sewaktu orang ramai termasuk orang-orang kampung datang hendak memberi bantuan, mereka tidak dapat hendak berbuat apa-apa kerana Ali tersepit bibawah keretanya yang terbalik. Keempat-empat tayar keretanya keatas dan Ali tersepit dibawahnya. Dia cuma menggelupur menahan sakit sambil merayu-rayu lemah meminta pertolongan.

Menurut cerita orang-orang kampung, memang sering terjadi kemalangan dikawasan itu dan mereka tidak merasa pelik kerana jalan disitu memang penuh dengan selekoh, gelap dan sunyi. Mungkin ia membuat pemandu memandu laju kerana suasana sunyi dan menyeramkan.

Dari cerita diatas dapatlah aku membuat andaian bahwa kita jangan bersikap zalim terhadap sesama makhluk Allah dan jangan takbur. Kita juga harus sentiasa berhati-hati apabila memandu dikawasan yang kita tidak biasa melaluinya. Dan jangan sekali-kali memandu diwaktu malam sendirian terutamanya jika kita akan melalui jalan sunyi yang penuh dengan bahaya.

Friday, September 18, 2009

3 org sahabat

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang

tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60

tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas
mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke
rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif.
Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....


si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat
tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun
tak tahu bila agaknya elektrik ada balik si A : Aku
ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,
tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau
kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas
sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki
memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula
bercerita....


si A! : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah
hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal
semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla
bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga
meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat
tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana
penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian
mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5
tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan
jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja
yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak
bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah
lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke
tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil
melangkah memanja! t tangga yang ketingkat 56, si C mula
menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih
lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...? si C :
emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je
lagi
si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU
TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA

Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita
yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang
mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

Friday, September 11, 2009

Sedekah Di Bulan Ramadhan

Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, ia berkata :

"Nabi S.A.W adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah S.A.W ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.
Hadis ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan:
"Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya. "

Dan menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiallahu 'anha :
"Rasulullah S.A.W jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta. "

Kedermawanan adalah sifat murah hati dan banyak memberi. Allah pun bersifat Maha Pemurah, Allah Ta'ala Maha Pemurah, kedermawanan-Nya berlipat ganda pada waktu-waktu tertentu seperti bulan Ramadhan.

Dan Rasulullah S.A.W adalah manusia yang paling dermawan, juga paling mulia, paling berani dan amat sempurna dalam segala sifat yang terpuji; kedermawanan beliau pada bulan Ramadhan berlipat ganda dibanding bulan-bulan lainnya, sebagaimana kemurahan Tuhannya berlipat ganda pada bulan ini.

Berbagai pelajaran yang dapat diambil dari berlipatgandanya kedermawanan Nabi S.A.W di bulan Ramadhan :

  1. Bahwa kesempatan ini amat berharga dan melipat gandakan amal kebaikan.
  2. Membantu orang-orang yang berpuasa dan berzikir untuk senantiasa taat, agar memperoleh pahala seperti pahala mereka; sebagaimana siapa yang membekali orang yang berperang maka ia memperoleh seperti pahala orang yang berperang, dan siapa yang menanggung dengan baik keluarga orang yang berperang maka ia memperoleh pula seperti pahala orang yang berperang. Dinyatakan dalam hadits Zaid bin Khalid dari Nabi S.A.W beliau bersabda:
    "Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala ovang yang berpuasa itu tanpa menguuangi sedikitpun dari pahalanya. " (HR.
    Ahmad dan At-Tirmidzl).
  3. Bulan Ramadhan adalah saat Allah berderma kepada para hamba-Nya dengan rahmat, ampunan dan pembebasan dari api Neraka, terutama pada Lailatul Qadar Allah Ta 'ala melimpahkan kasih-Nya kepada para hamba-Nya yang bersifat kasih, maka barangsiapa berderma kepada para hamba Allah niscaya Allah Maha Pemurah kepadanya dengan anugerah dan kebaikan. Balasan itu adalah sejenis dengan amal perbuatan.
  4. Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama termasuk sebab masuk Syurga. Dinyatakan dalam hadis Ali radhiallahu 'anhu, bahwa Nabi S.A.W bersabda:
    "Sungguh di Syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. " Maka berdirilah kepada beliau seorang Arab Badui seraya berkata: Untuk siapakah ruangan-ruangan itu wahai Rasulullah,?jawab beliau: "Untuk siapa saja yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur. " (HR.
    At-Tirmidzi dan Abu Isa berkata, hadits ini gharib)
    Semua kriteria ini terdapat dalam bulan Ramadhan. Terkumpul bagi orang mukmin dalam bulan ini puasa, solat malam, sedekah dan perkataan baik. Kerana pada waktu ini orang yang berpuasa dilarang dari perkataan kotor dan perbuatan keji. Sedangkan solat, puasa dan sedekah dapat menghantarkan pelakunya kepada Allah Ta 'ala.
  5. Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama lebih dapat menghapuskan dosa-dosa dan menjauhkan dari api Neraka Jahannam, terutama jika ditambah lagi shalat malam. Dinyatakan dalam sebuah hadis bahwa Nabi S.A.W bersabda:
    "Puasa itu merupakan perisai bagi seseorang dari api Neraka, sebagaimana perisai dalam peperangan " ( Hadis riwayat Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Majah dari Ustman bin Abil-'Ash; juga diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya serta dinyatakan shahih oleh Hakim dan disetujui Adz-Dzahabi.) Hadis riwayat Ahmad dengan isnad hasan dan Al-Baihaqi.
    Diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Abu Hurairah bahwa Nabi S.A.W bersabda:
    "Puasa itu perisai dan benteng kukuh yang melindungi seseorang dari api Neraka"
    Dan dalam hadis Mu'adz radhiallahu 'anhu, Rasulullah S.A.W bersabda:
    "Sedekah dan solat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api" (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan kategorinya. "Hadis hasan sohih. "
  6. Dalam puasa, tentu terdapat kekeliruan serta kekurangan. Dan puasa dapat menghapuskan dosa-dosa dengan syarat menjaga diri dari apa yang mesti dijaga. Padahal kebanyakan puasa yang dilakukan kebanyakan orang tidak terpenuhi dalam puasanya itu penjagaan yang semestinya. Dan dengan sedekah kekurangan dan kekeliruan yang terjadi dapat terlengkapi. Kerana itu pada akhir Ramadhan, diwajibkan membayar zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari perkataan kotor dan perbuatan keji.
  7. Orang yang berpuasa meninggalkan makan dan minumnya. Jika ia dapat membantu orang lain yang berpuasa agar kuat dengan makan dan minum maka kedudukannya sama dengan orang yang meninggalkan syahwatnya kerana Allah, memberikan dan membantukannya kepada orang lain. Untuk itu disyari'atkan baginya memberi hidangan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa bersamanya, kerana makanan ketika itu sangat disukainya, maka hendaknya ia membantu orang lain dengan makanan tersebut, agar ia termasuk orang yang memberi makanan yang disukai dan kerana menjadi orang yang bersyukur kepada Allah atas nikmat makanan dan minuman yang dianugerahkan kepadanya, di mana sebelumnya ia tidak mendapatkan anugerah tersebut. Sungguh nikmat ini hanyalah dapat diketahui nilainya ketika tidak didapatkan. (Lihat kitab Larhaa'iful Ma'arif, oleh Ibnu Rajab, hlm. 172-178.)
Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua. Selawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan Allah kepada Nabi kita Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya.