Nama diberi Muhammad Luqman Nul Haqq bin Mohd Saifuddin. Dilahir pada 8 Januari 1990 di Hospital Kuala Lumpur. Sekarang menetap di salah sebuah kampung yang terletak di Pahang. Merupakan anak sulung dari 10 orang adik-beradik. Ayah bernama Mohd Saifuddin bin Mohd Yassin. Saya ada dua orang ibu. Ibu yang pertama adalah mak saya sendiri Sai'yah binti Nong dan ibu yang kedua saya panggil umi bernama Wan Hasmah binti Wan Abdullah. Mendapat pendidikan bermula pada umur 5 tahun di Taska kampung Sungai Kepong. Kemudian berpindah ke Tadika Islam Peladang ketika umur 6 tahun. Kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang pada tahun 1 hingga tahun 6. Kemudian menyambung pelajaran diperingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah dari tingkatan 1 hingga 3. Kemudian berpindah ke Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini pada tingkatan 4 hingga 5. Kemudian menyambung pelajaran keperingkat STAM di Kuliah Sultan Abu Bakar. Dalam 4 atau 5 bulan belajar di kuliah, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jordan dalam bidang ekonomi dan perbankan islam selama 4 tahun. Ini merupakan program twinning antara IKIP International College dengan Universiti Yarmouk. Saya memulakan pengajian dengan memasuki kursus bahasa arab selama 4 bulan kemudian 2 tahun pengajian di IKIP College dan 2 tahun pengajian di Universiti Yarmouk. Cita-cita ingin menjadi seorang Shariah Advisor di mana-mana bank. Semoga Allah memudahkan urusan saya dalam menuntut ilmu demi menggapai redhonya.
Wallahua'lam.....
selamat khirij wasombe...:)
ReplyDeletesemoga dapat kerjaya yg molek setibanya di Malaysia nanti.
doakn juniormu disini;)
kahwin ngan kak durrah jgn lupa tunggu kami balik ok, nak p rumah jugak..makan nasi minyak;)