~Kata Hikmah~

``Orang Beriman yang dipupuk semangat taqwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan apa sekalipun dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t' '

Monday, August 1, 2011

Bulan Barakah Kembali Lagi

 Assalamualaikum w.b.t....Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat lagi kita bernafas di atas muka bumi ini dan kita juga patut bersyukur kerana-Nya kita masih lagi dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu Iman dan Islam. Selawat junjungan kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda telah bersusah payah untuk menyebarkan dakwah islam sehingga ke pelusuk dunia dan aku sangat bersyukur sekali dilahirkan dalam keadaan sudah beragama islam, Alhamdulillah. Moga aku akan menjadi seorang muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul.

 Sudah hampir setahun aku berada dibumi Jordan ini. Terlalu banyak halangan dan cabaran terpaksa ku tempuhi. Tapi berkat kesabaran serta dorongan dari mak abah dan sahabat2 disekelilingku menjadikan aku untuk terus berusaha lebih kuat lagi untuk berjaya dan harapanku agar dapat membawa pulang segulung ijazah untuk aku buktikan pada kedua mak dan abah yang kucintai.

 Hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 hijrah puasa pertamaku dibumi anbiya ini. Melihat keadaan sekeliling  tempat tinggalku, kebanyakan rumah  dan kedai dihiasi dengan cahaya yang terang-benderang untuk memeriahkan lagi suasana sekeliling. Semua orang arab di bumi anbiya ini menyambut kedatangan ramadhan diibaratkan seperti menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mereka sangat meninggikan martabat bulan Ramadhan tersebut tetapi lain pulak berbanding masyarakat Islam di Malaysia. Pada penglihatan saya, perkara yang sam dilakukan oleh masyarakat arab dan melayu islam di Malaysia ialah menghias rumah dengan cahaya2 yang memeriahkan kawasan tersebut. Pekara ini peperti sudah menjadi adat bagi Masyarakat melayu di Malaysia tetapi ianya tidaklah menjadi   perkara yang tidak elok jika kita melakukannya.

 Apa yang membezakan antara kedua-duanya ialah solat terawih. Perkara ini memang sangat berbeza sekali bila aku sendiri melihat secara live begitu ramai masyarakat arab memenuhi ruang masjid bagi menunaikan solat terawih. Tetapi lain pula di Malaysia, kebanyakan masjid hanya memenuhi lebih kurang 3 atau 4 sof sahaja(masjid negeri mungkin banyak sikit). Mungkin kebanyakan masyarakat di Malaysia  masih kurang lagi pendekatan mereka terhadap agama Islam lebih2 lagi berkaitan dengan rukun iman dan islam. Aku berharap para mahasiswa yang mengambil pengajiam islam atau yang seangkatan dengannya dapat menyedarkan masyarakat melayu islam seluruhnya.

 Ya Allah Ya Tuhanku, semoga engkau memanjangkan umurku agar aku dapat menikmati Ramadhan kali ini dan seterusnya. Engkau kurniakan pintu rahmat buat hambamu ini. Engkau ampunkanlah dosa2ku yang lepas2 sedang berlaku dan akan datang. Ya Allah Ya Rahman, terimalah taubat dari hambamu yang hina ini. Terlalu banyak dosa yang dilakukan samada zahir atau batin. Moga Ramadhan kali ini penuh barakah buatku serta sahabat2 sekalian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Ramadhan Karim.

Wallahu'alam...


Saturday, July 30, 2011

Putus Asa Racun Kehidupan



 Jika seseorang merasa bahawa dirinya mendapat tekanan hingga batas ketidaksanggupan untuk dipikulnya maka semua yang ada dihadapannya menjadi hampa, ia merasa yang dilakukan tidak membawa perubahan apapun sehingga ia berputus asa. Putus asa merupakan sifat buruk pada diri kita jika ditimpa musibah menjadi kehilangan semangat untuk hidup, kehilangan semangat untuk bekerja & malakukan aktiviti harian, timbul perasaan sedih, merasa bersalah, lambat berpikir, menurunnya daya tahan tubuh, mudah jatuh sakit kerana yang ada hanyalah pandangan kosong seolah-olah terhimpit oleh beban yang sangat berat berada dibahunya sehingga putus asa meracuni kehidupan kita. 'Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa dan putus harapan.' QS. Fushilat : 49). 





 Ada dua faktor yang menyebabkan keputusasaan. Pertama, tekanan eksternal. Tekanan eksternal adalah halangan dan faktor utama yang mampu memancing respon dari dalam diri seseorang. Peristiwa seperti konflik keluarga, kehilangan orang yang dicintai, jatuh sakit, kehilangan pekerjaan itulah tekanan eksternal yang mampu memicu kondisi diri kita menjadi kecewa, marah dan putus asa. Faktor kedua yang mengakibatkan depresi dan menjadi putus asa, kecewa, kehilangan semangat untuk menjalani kehidupan adalah berpunca di dalam diri kita sendiri iaitu lemahnya ketahanan diri.
Setiap peristiwa apapun yang menimpa kita belum tentu mengakibatkan respon yang sama kerana ketahanan diri dan kualiti kesihatan jiwa  individu masing-masing berbeza. Bagi orang yang memiliki ketahanan diri yang kuat maka kekecewaan, marah dan putus asa dapat dikawal dalam waktu yang cukup lama sedangkan bagi mereka yang lemah ketahanan dirinya maka kekecewaan, marah dan putus asa begitu mudah muncul. Persoalan depresi & keputusasaan sering terjadi dalam diri seorang maupun kehidupan berumah tangga yang cenderung pragmatis, materialistik dan jauh dari tuntunan agama. Ketika harta, jabatan dan status sosial lebih menjadi tujuan utama dalam hidup, mengejar dan berjuang habis-habisan bersamaan keimanan kepada Allah sangatlah tipis maka lebih berpotensi mudah putus asa. Putus asa bagaikan racun yang paling keras menyelubungii sekujur tubuh dan merosakkan seluruh organ dalam. Penderitaan yang ditimbulkan rasa putus asa akan berlanjutan sampai wajah anda menimbulkan kerutan-kerutan ketuaan. Sampai orang-orang disekitar kita hampir tidak mengenali anda dengan baik. Wajah anda nampak lebih tua.                                                                                                                     


 Lantas bagaimana cara yang kita boleh lakukan bagi mengatasi tekanan eksternal kehidupan & menguatkan ketahanan diri? Depresi maupun tekanan eksternal dalam kehidupan sehari-harian bolah memberikan kesan positif bagi anda maka ada beberapa hal yang dapat dilakukan. Pertama, berhentilah untuk mengeluh, lakukanlah apa yang anda boleh lakukan. Kedua, bersyukurlah dengan kehidupan anda yang sekarang. Ketiga, memohon pertolongan Allah dengan solat dan sabar maka hal itu memberikan kekuatan ketahanan diri anda sehingga seberat apapun tekanan eksternal, kegagalan dalam usaha, bisnes, karier dan perjuangan hidup, tidak akan membuat anda putus asa dalam mengharungi kehidupan. Ketaqwaan anda kepada Allah yang menjadikan anda kuat dalam menghadapi tekanan kehidupan sebesar apapun sehingga boleh menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. 'Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam segala urusannya.' (QS. Ath-Thalaq : 4).




wallahua'lam...

sumber dri M. Agus Syafii

Tuesday, July 26, 2011

Renungn untuk diri dan sahabat-sahabat sekalian

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je

Wednesday, July 6, 2011

Happy Birthday to my beloved father


Sanah Helwa tuk abah yg ke-52 (4 Julai )....

sori abah, along lupa harijadi abah dek sibuk dengan pelajaran....

along doakan semoga sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa ditunjuk jalan yang penuh rahmat & barakah....

terima kasih kerana mendidik along dengan baik walaupun dulu abah selalu marah dan rotan along tapi semua itu sangat berbaloi bagi along.....

jika tidak kerana itu mungkin along akan menyimpang ke jalan lain...

terim kasih abah yang ku sayangi (-_-)...

may Allah bless us always and guide us to the right way....