~Kata Hikmah~

``Orang Beriman yang dipupuk semangat taqwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan apa sekalipun dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t' '

Wednesday, July 29, 2009

Karnival Sukan Masiswa Zon Timur 2009



Baru2 ni Ikip International Collegge telah menjadi tuan rumah sempena Karnival Sukan Masiswa Zon Timur 2009. Karnival ini diadakan selama 3 hari 2 malam. Acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring, sepak takraw, badminton n bola tampar. Sempena karnival ini, IKIP telah menjadi naib juara bagi peringkat keseluruhan. Untuk tempat pertama,juara telah disandang oleh jiran terdekat kita iaitu Kolej Shahputra. Saya juga berbangga kerana kesemua acara yang disertai oleh kontijen ikip telah mara ke peringkat separuh akhir.
Tempat yang diperolehi mengikut acara:
  1. Sepak Takraw - Naib Johan
  2. Futsal P - Naib Johan
  3. Bola Jaring - ke-3
  4. Badminton L - ke-3
  5. Badminton P - ke-3
  6. Futsal L - ke-4
  7. Bola Tampar L- ke-4
  8. Bola Tampar P - ke-4

Kontijen IKIP.....


persembahan kanak2 dri SK Methodist..

ketika majlis perasmian karnival...


persembahan pancaragam dari SM Methodist..

Harapan aq terhadap bakal2 yg menjadi kontijen Ikip agar menaikkan lagi martabat Kolej Ikip di peringkat yang lebih tinggi lagi. Untuk yang akan datang agar Ikip akan menduduki tempat pertama bagi johan keseluruhan acara..InsyaAlla,amin......

Wasalam.....






Monday, July 20, 2009

Berjalan-jalan di tepi Sungai Kuantan..

sudah lama aq tidak post sesuatu...kali aq cme pos gambar je...gambar ni aq ambil semasa jalan2 di tepi sungai pahang..siap nek bot lg 2...menikmati ciptaan tuhan Yang Maha Berkuasa...walaupun penuh dengan couple2 yg x senonoh tapi apekan daye..diruku tidak dapat menghalangnya..tapi aq cume boleh membencinya dan berdoa agar mereka insaf dan deberi hidayah...InsyaAllah...


amir n firdaus
aq n adan
(dari kiri)bad,amir,firdaus n adan..
inilah keindahan Sungai Kuantan pada waktu malam...
walaupun petang x berapa cantik tapi ok r...

cantiknya tapi gambar x berapa lawa coz mase ni nek bot..
Subhanallah...



sekian saja..wallahua'lam....

Friday, July 17, 2009

Syafaat di Akhirat..



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Allah akan mengumpulkan semua manusia pada hari kiamat. Pada ketika itu mereka memandang penting masalah syafaat. Ibnu Ubaid berkata, mereka diberi ilham untuk bertanyakan hal itu. Mereka berkata, kalaulah kita dapat memohon syafaat kepada Tuhan, supaya Dia mengizinkan kita berehat daripada keadaan kita ini. Oleh itu, mereka pergi kepada Nabi Adam AS, lalu berkata, wahai Adam, engkau adalah bapa kepada semua makhluk iaitu manusia. Allah telah menciptakanmu dengan tangan-Nya dan meniupkan roh ke dalam badanmu serta telah memerintahkan para malaikat supaya sujud kepadamu. Syafaatilah kami di hadapan Tuhanmu, supaya mengizinkan kami berehat daripada keadaan begini. Adam menjawab, aku tidak boleh berbuat begitu sambil menyebutkan kesalahan yang pernah dilakukannya yang membuatkan baginda merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut sebaliknya baginda menyuruh kami menemui Nabi Nuh, rasul pertama yang diutuskan oleh Allah.


Lantas mereka pergi menemui Nabi Nuh AS, namun baginda berkata, aku tidak boleh berbuat begitu sambil menyebutkan kesalahan yang pernah dilakukannya yang membuatkan baginda merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut sebaliknya menyuruh mereka menemui Nabi Ibrahim AS yang telah dianggap sebagai kekasih Allah. Mereka pun pergi menemui Nabi Ibrahim AS. Baginda juga berkata,aku tidak boleh berbuat begitu sambil menyebutkan kesalahan yang pernah dilakukannya yang membuatkan baginda merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut tetapi baginda menyuruh kami menemui Nabi Musa AS yang pernah diajak berbicara oleh Allah dan diberikan kitab Taurat. Mereka pun pergi menemui Nabi Musa AS. Baginda juga berkata, aku tidak boleh berbuat begitu sambil menyebutkan kesalahan yang pernah dilakukannya yang membuatkan baginda merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut tetapi baginda menyuruh kami menemui Nabi Isa AS Rohullah dan Kalimah-Nya. Mereka pun pergi menemui Nabi Isa Rohullah dan Kalimah-Nya. Baginda juga berkata, aku tidak boleh berbuat begitu, tetapi pergilah kamu semua kepada Muhammad SAW, hamba Allah yang telah diampuni dosanya yang terdahulu dan terkemudian.

Rasulullah SAW meneruskan sabda baginda, mereka datang kepadaku, lalu aku meminta izin kepada Tuhan. Aku pun diberikan keizinan. Ketika aku melihat-Nya, aku jatuh dalam keadaan bersujud. Dia memanggil-manggilku, kemudian difirmankan kepadaku, angkatlah kepalamu wahai Muhammad! Katakanlah sesuatiu, engkau akan didengar. Pohonlah, engkau akan diberi. Syafaatilah, aku akan terima syafaat yang engkau pinta. Aku mengangkat kepalakudan memuji Tuhan dengan pujian yang telah diajarkan oleh Allah kepadaku. Kemudian aku memberi syafaat. Allah memberi batas-batas kepadaku. Lalu aku mengeluarkan lagi orang-orang dari neraka dan memasukkan mereka ke dalam syurga. Kemudian aku kembali jatuh bersujud. Maka dia memanggilku sebagaimana Dia kehendaki kemudian difirmankan kepadaku, angkatlah kepalamu wahai Muhammad! Katakanlah, engkau akan didengar. Pohonlah, engkau akan diberi. Syafaatilah, aku akan terima syafaat yang engkau pinta. Perawi hadis berkata, aku tidak pasti sama ada pada kali yang ketiga atau kali yang keempat baginda bersabda, wahai Tuhanku! Yang masih ada di dalam neraka hanyalah orang-orang yang ditahan oleh Al-Quran iaitu orang yang seharusnya kekal di dalam neraka.

Riwayat daripada Anas bin Malik RA, Muslim dalam Bab `Iman'..

Thursday, July 16, 2009

Musyarakah mutanaqisah untuk pembiayaan rumah

Musyarakah mutanaqisah boleh digunakan bagi produk pembiayaan rumah mengikut konsep pemilikan bersama institusi perbankan dengan pelanggan menyumbang bahagian modal masing-masing yang diperlukan untuk memperoleh harta berkenaan menurut persetujuan kedua-dua pihak pada permulaan kontrak.
Bank Negara Malaysia dalam Laporan Tahunan 2007 yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, musyarakah mutanaqisah ialah suatu bentuk perkongsian dengan salah satu rakan kongsi berjanji untuk membeli bahagian pemilikan rakan kongsi yang lain secara beransur-ansur sehingga ia memiliki sepenuhnya objek perkongsian.
Setelah pelanggan memperoleh sepenuhnya bahagian milik institusi perbankan terhadap harta berkenaan, perkongsian tersebut berakhir dan pelanggan menjadi pemilik tunggal harta itu, kata bank pusat.
Kontrak itu mengandungi unsur-unsur kontrak jual dan pajak (ijarah) yang menjadi keperluan asasi untuk memastikan riba (faedah) tidak wujud langsung dalam urus niaga musyarakah mutanaqisah itu.
Selain itu, pengalaman prinsip-prinsip Syariah dalam kontrak musyarakah mutanaqisah mewujudkan hubungan, hak dan kewajipan khusus bagi setiap pihak yang memeterai kontrak.
Hasilnya, institusi perbankan terdedah kepada risiko pasaran yang berkaitan dengan pemilikan bersama aset berkenaan serta risiko kredit yang berkaitan dengan kewajipan pelanggan untuk memperoleh pemilikan aset dan kewajipan institusi perbankan untuk menjual bahagian pemilikannya terhadap aset tersebut.
Menurut Bank Negara, institusi perbankan perlu menggunakan kaedah yang lebih kukuh disebabkan pendedahan kepada risiko sedemikian, kaedah berkenaan perlu disokong oleh data dan sistem yang telus dan mantap yang mampu mengesan dan memberikan anggaran terbaik tentang kerugian yang mungkin ditanggung akibat perkembangan negatif profil kredit pelanggan.
Proses dan infrastruktur pengurusan risiko institusi perbankan yang menawarkan produk seperti itu perlu dinamik dalam mengenal pasti, mengukur, mengawal dan mengurus semua risiko utama dan amalan pengurusan risiko pada setiap peringkat urus niaga musyarakah mutanaqisah.
BNM berkata, beberapa buah negara juga telah menerapkan keperluan pengawal seliaan tertentu untuk memastikan pengurusan yang bersesuaian terhadap risiko berkaitan dengan kontrak tersebut.
Sebagai contoh, di negara yang menerima pakai rangka kerja kecukupan modal berdasarkan Standard Kecukupan Modal yang dikeluarkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, kata Bank Negara.
Institusi perbankan Islam dikehendaki memperuntukkan modal pengawalseliaan yang mencukupi bagi menampung pendedahan terhadap risiko harga berdasarkan bahagian yang dimiliki oleh institusi perbankan dalam aset yang mendasari kontrak berkenaan dan risiko kredit yang berpunca daripada sewa terkumpul yang perlu dibayar oleh pelanggan.
Bank Negara berkata, sejajar dengan pengurangan bahagian pemilikan institusi perbankan dalam aset, keperluan modal bagi risiko harga akan berkurang secara beransur-ansur sepanjang tempoh kontrak.
Perkembangan kewangan Islam sebagai suatu bentuk pengantaraan kewangan berdaya maju dengan ciri-ciri khas serta sekatan dan imbangan yang terkandung di dalamnya dapat menyumbang ke arah mempertingkatkan kestabilan.....