~Kata Hikmah~

``Orang Beriman yang dipupuk semangat taqwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan apa sekalipun dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t' '

Monday, August 16, 2010

MANUSIA AKHIR ZAMAN







Ya Allah, apakah sudah jadi pada manusia zaman sekarang ini.. Sanggup menghina dan mengutuk agama sendiri..  Dimanakah perginya 'moral value' dalam diri mereka sehingga sanggup melakukan perkara tersebut.. Sekarang kita lihat sendiri, perlukah kita bertelagah tentang agama sedangkan terdapat beberapa orang telah cuba untuk menghina islam.. Sepatutnya kita mesti bersatu agar gejala ini dapat dibanteras dan diadili dengan seadanya.. Aku memohon kepada-Mu Ya Allah, agar kepada mereka yang cuba untuk menghina islam akan diberikan hidayah dan petunjuk dari-Mu untuk bertaubat dan menginsafi kesalahan mereka itu sendiri.. Amin Ya Allah...

Klik Disini Untuk Lihat

Semoga kita sama2 mengambil iktibar dan pengajaran.. Sebar2kan kepada sahabat2 yang lain..

SALAM UKHUWAH....

Friday, August 13, 2010

HIKMAH PERSAUDARAAN


عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)



Pokok Perbincangan Hadis:
1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :

  • Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al- Quran sebagaimana beliau faham.
  • Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.



Pengajaran hadis:

  • Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.
  • Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
  • Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.



Dipetik dari Hadis 40 karangan Imam Nawawi.

Thursday, August 12, 2010

KELEBIHAN BULAN RAMADAN



عن أبي هريرة رضى الله تعالى عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين.


Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda," Apabila tiba Ramadan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu-pintu neraka dan semua syaitan akan dirantai..
(Riwayat Muslim)

Dikesempatan ini, saya menyeru kepada sahabat2 yang dirahmati oleh Allah agar mengambil peluang ini dengan melakukan amalan2 yang baik dan menjauhi segala yang buruk. Mudah-mudahan Allah memberkati segala amalan yang kita lakukan dan ditempatkan bersama-sama orang soleh di syurga kelak...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK.

RAMADAN KARIM..

Wednesday, August 11, 2010

DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH

  

Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.  
Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.  
Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.  
Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.  
Lihatlah sahabat2 sekalian, betapa besar nya ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada kita pada hari kiamat nanti. Marilah kita sama2 memanfaatkan ramadhan kali ini dengan memperbanyakkan solat sunat, berzikir, mengaji dsb.
INSYAALLAH, mudah-mudahan Allah memberkati setiap amalan yang kita lakukan Amin Ya Robbalalamin…