~Kata Hikmah~

``Orang Beriman yang dipupuk semangat taqwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan apa sekalipun dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t' '

Monday, May 28, 2012

Kepulanganku ke Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. 
Alhamdulillah, syukur kepada-Mu Ya Allah kerana dengan limpah dari rahmatnya dapat lagi aku mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Aku bersyukur juga kerana masih diberi nafas untuk hidup di atas muka bumi ini dan sentiasa melakukan suruhan-Mu.


Hari ini 28 MEI 2012 bersamaan dengan 7 Rejab 1433 hijrah, tarikh yang aku nanti-natikan selama hampir 2 bulan lebih dari tarikh aku membelinya. Cukup gemberi sekali aku menantikan saat ini. Sudah hampir dua tahun aku di bumi Syam ini menelan seberapa banyak ilmu yang aku terima di sini. 

Walaubagaimanapun kadang-kadang perasaan sedih itu datang dengan tiba-tiba bila aku melihat sahabat-sahabatku sama batch dengan aku akan grade tidak lama lagi. Sedih sungguh hati aku tidak dapat balik bersama sahabat-sahabatku. Aku juga rasa sangat bersalah dengan mak dan abah kerana tidak dapat menamatkan pelajaran dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Memang ini salah aku sendiri kerana leka dan malas dalam pelajaran. 

Aku yakin apa yang telah berlaku pada aku selama ini adalah qada dan qadar dari Allah S.W.T. Tapi jangan jadikan semua itu sebagai alasan untuk kita berasa kurang semangat untuk belajar. Ambillah iktibar dan pengajaran atas apa yang berlaku pada kita. Mungkin Allah inginkan aku lebih lama di bumi Syam ini supaya lebih banyak ilmu yang aku perolehi.

Tahniah kepada sahabat seperjuanganku yang akan grade nanti. Semoga kalian semua sentiasa berjaya di dunia    mahupun di akhirat. Sebarkan islam dengan bagaimana cara sekalipun. Semoga kita akan bertemu jika ada kelapangan.

wassalam...

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.cc
    dewa-lotto.vip

    ReplyDelete