- Sepak Takraw - Naib Johan
- Futsal P - Naib Johan
- Bola Jaring - ke-3
- Badminton L - ke-3
- Badminton P - ke-3
- Futsal L - ke-4
- Bola Tampar L- ke-4
- Bola Tampar P - ke-4
'Allah Menganugerahkan Al-Hikmah kepada Sesiapa shj yg Dikehendakinya. Dan brg siapa yg dianugerahi hikmah,dia benar-benar tlh dianugerahi hikmah yg banyak'
Pages
~Kata Hikmah~
Wednesday, July 29, 2009
Karnival Sukan Masiswa Zon Timur 2009
Monday, July 20, 2009
Berjalan-jalan di tepi Sungai Kuantan..
Friday, July 17, 2009
Syafaat di Akhirat..
Thursday, July 16, 2009
Musyarakah mutanaqisah untuk pembiayaan rumah
Bank Negara Malaysia dalam Laporan Tahunan 2007 yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, musyarakah mutanaqisah ialah suatu bentuk perkongsian dengan salah satu rakan kongsi berjanji untuk membeli bahagian pemilikan rakan kongsi yang lain secara beransur-ansur sehingga ia memiliki sepenuhnya objek perkongsian.
Setelah pelanggan memperoleh sepenuhnya bahagian milik institusi perbankan terhadap harta berkenaan, perkongsian tersebut berakhir dan pelanggan menjadi pemilik tunggal harta itu, kata bank pusat.
Kontrak itu mengandungi unsur-unsur kontrak jual dan pajak (ijarah) yang menjadi keperluan asasi untuk memastikan riba (faedah) tidak wujud langsung dalam urus niaga musyarakah mutanaqisah itu.
Selain itu, pengalaman prinsip-prinsip Syariah dalam kontrak musyarakah mutanaqisah mewujudkan hubungan, hak dan kewajipan khusus bagi setiap pihak yang memeterai kontrak.
Hasilnya, institusi perbankan terdedah kepada risiko pasaran yang berkaitan dengan pemilikan bersama aset berkenaan serta risiko kredit yang berkaitan dengan kewajipan pelanggan untuk memperoleh pemilikan aset dan kewajipan institusi perbankan untuk menjual bahagian pemilikannya terhadap aset tersebut.
Menurut Bank Negara, institusi perbankan perlu menggunakan kaedah yang lebih kukuh disebabkan pendedahan kepada risiko sedemikian, kaedah berkenaan perlu disokong oleh data dan sistem yang telus dan mantap yang mampu mengesan dan memberikan anggaran terbaik tentang kerugian yang mungkin ditanggung akibat perkembangan negatif profil kredit pelanggan.
Proses dan infrastruktur pengurusan risiko institusi perbankan yang menawarkan produk seperti itu perlu dinamik dalam mengenal pasti, mengukur, mengawal dan mengurus semua risiko utama dan amalan pengurusan risiko pada setiap peringkat urus niaga musyarakah mutanaqisah.
BNM berkata, beberapa buah negara juga telah menerapkan keperluan pengawal seliaan tertentu untuk memastikan pengurusan yang bersesuaian terhadap risiko berkaitan dengan kontrak tersebut.
Sebagai contoh, di negara yang menerima pakai rangka kerja kecukupan modal berdasarkan Standard Kecukupan Modal yang dikeluarkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, kata Bank Negara.
Institusi perbankan Islam dikehendaki memperuntukkan modal pengawalseliaan yang mencukupi bagi menampung pendedahan terhadap risiko harga berdasarkan bahagian yang dimiliki oleh institusi perbankan dalam aset yang mendasari kontrak berkenaan dan risiko kredit yang berpunca daripada sewa terkumpul yang perlu dibayar oleh pelanggan.
Bank Negara berkata, sejajar dengan pengurangan bahagian pemilikan institusi perbankan dalam aset, keperluan modal bagi risiko harga akan berkurang secara beransur-ansur sepanjang tempoh kontrak.
Perkembangan kewangan Islam sebagai suatu bentuk pengantaraan kewangan berdaya maju dengan ciri-ciri khas serta sekatan dan imbangan yang terkandung di dalamnya dapat menyumbang ke arah mempertingkatkan kestabilan.....
Sewaaan(الإجارة)
1.0 Definasi
Dalam muamalat secara Islam, ada suatu muamalat yang dipanggil “Ijarah”, iaitu dengan bahasa Malaysianya kita panggil “sewa menyewa”.
Menurut definasi syarak, ialah : perjanjian memiliki munafaat yang dimaklumi dengan bayaran mengikut cara-cara yang tertentu.
1.1 Dalil Sewa Menyewa
Dalil asal sebelum ijmak yang menunjukkan keharusannya ialah :
1. Firman Tuhan :
Ertinya :
Jika mereka menyusukan anak kamu maka hendaklah kamu berikan upahan mereka.
2. Perkhabaran bahawa Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :
Bahawa Rasulullah s.a.w. menegah daripada berpawah tetapi memerintah dengan melakukan sewa menyewa.
1.2 Jenis-jenis Sewaan
Sewaan ada dua jenis, iaitu :
1. Ijarah zimmah : Ialah menyewa sesuatu yang belum ada di hadapan mata sewaktu akad. Sewaan jenis ini diisyaratkan tunai pembayarannya dan menerimanya pada majlis akad.
2. Ijarah ain : Ialah menyewa / mengupah sesuatu yang sudah ada di hadapan mata sewaktu akad.
1.3 Hikmat-hikmatnya
Di antara hikmat-hikmat sewa menyewa dan upah mengupah ialah :
1. Memberi kemudahan kepada orang-orang yang tidak memiliki sesuatu barang mendapat faedah daripadanya.
2. Menambah kelapangan bagi tuan ampunya barang dengan beroleh bayaran sewanya.
3. Mengeratkan perhubungan di antara satu sama lain.
4. Supaya anggota masyarakat mendapat kemudahan dan kesenangan hidup.
5. Menggalakkan pihak-pihak yang mampu supaya sentiasa memberi kemudahan kepada pihak-pihak yang kurang mampu.
Urusan sewa menyewa ini merupakan suatu kemudahan yang besar bagi anggota-anggota masyarakat mendapat keperluan hidup masing-masing. Sebagaimana yang kita ketahui, tidak semua orang memiliki segala kemudahan dan keperluan hidup, maka dengan adanya urusan sewa menyewa ini dapatlah masing-masing memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan itu dengan senang.
1.4 Beberapa Contoh
Setiap barang yang sah dijualbeli, mendatangkan munafaat dan kekal zatnya, sahlah dipersewakan ; dan setiap mereka yang sah melakukan urusan jualbeli, sahlah bagi mereka menjalankan urusan sewa menyewa ini. Supaya lebih terang, cara sewa menyewa dan upah mengupah, di bawah ini diterangkan contoh-contohnya :
1. Norizan mengupah Salwani menyusui anaknya dengan bayaran sebanyak $100.00 sebulan. Norizan dinamakan “orang yang mengupah”, Salwani, dinamakan “orang yang mengambil upah”. Bayaran $100.00 itu dinamakan upah.
2. Muliawan telah menyewa sebuah motokar dari Kota Bharu hendak pergi ke
3. Encik Nasim menyewa sebuah rumah kepunyaan Encik Salbini dengan sewa sebanyak $50.00 sebulan. Encik Nasim dinamakan “yang menyewa – mustakjir” Salbini dinamakan “pembeli sewa – mukjir” dan wang bayaran itu dinamakan sewa – ujrah”.
1.5 Rukun Sewa Menyewa
Rukun sewa menyewa / upah mengupah empat perkara iaitu :
1. Pemberi sewa dan yang menyewa.
2. Bayaran sewa.
3. Munafaat atau faedah
4. Sighah, iaitu ucapan orang yang memberi sewa dan orang yang menyewa, seperti : “Saya sewakan rumah ini kepada saudara dengan bayaran $100.00 sebulan. Jawab orang yang menyewa : “Saya menyewanya dengan bayaran sebanyak yang tersebut.”
1.6 Syarat Sewa Menyewa
Syarat-syarat sewa menyewa / upah mengupah ialah :
1. Zat barang yang disewa hendaklah kekal dalam tempoh perjanjian sewa. Tidak sah menyewa sesuatu yang tidak kekal zatnya seperti lilin, sabun atau sebagainya.
2. Boleh diambil faedah yang bernilai dari barang yang disewa. Tidak sah menyewa barang yang munafaatnya tidak bernilai seperti menyewa buah cempedak atau durian sekadar menciumi baunya. Begitu juga tidak sah menyewa sesuatu yang belum terjamin faedahnya seperti menyewa lembu jantan untuk mendatangi lembu betina bagi mengambil bakanya, kerana faedahnya belum terjamin.
3. Bayaran sewa hendaklah diketahui jenis, kadar dan sifatnya.
4. Tentukan masa bagi barang-barang yang boleh ditentukan.
5. Tentukan kerja-kerja yang hendak dilakukan.
6. Barang yang hendak disewakan itu hendaklah barang yang tertentu.
1.7 Mati Pemberi Sewa atau Yang Menyewa
Kuatkuasa sewaan terus berjalan walaupun mati salah seorang daripada pemberi sewa atau yang menyewa. Begitu juga tidak batal sewaan dengan mati kedua-duanya. Ertinya mati tidak membatalkan sewaan sama ada mati salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya, bahkan terus kekal berjalan kuatkuasanya sehingga habis tempoh perjanjian yang telah dibuat. Hak menerima munafaat atau melaksanakannya, atau mengambil ujrahnya – jika belum menerimanya – adalah menjadi hak waris kedua pihak.
1.8 Batal Perjanjian Ijarah
Ijarah menjadi batal atau terpasakh dengan sebab rosak atau binasa semua sekali benda yang disewakan itu. Umpamanya rumah yang disewakan telah runtuh sama sekali, haiwan tertentu yang disewakan telah mati, maka terbatallah ijarah yang telah dibuat itu.
1.9 Sabit Khiar
Jika benda yang disewakan itu hanya rosak setengahnya saja dan bakinya masih dapat diambil munafaatnya, seperti runtuh sebelah rumah dan bakinya masih dapat diduduki, ketika itu sabit khiar iaitu sama ada mahu diteruskan ijarah ataupun tidak. Begitu juga sabit khiar jika di dapati kecacatan binatang yang disewa untuk kenderaan atau rumah yang disewakan itu telah terlalu buruk.
1.10 Rosak Barang Yang Disewa
Jika rosak atau binasa barang yang disewakan, umpamanya rumah yang disewa telah runtuh atau terbakar, tidak wajib di atas orang yang menyewanya itu menggantikannya atau membayar ganti rugi kepada pemberi sewa kerana orang yang menyewa adalah beramanah di atas barang yang disewanya itu kecuali jika berlaku kerosakan dengan sebab ketaksiran atau sengaja dilakukannya, wajib di atas orang yang menyewa itu menggantikannya
1.11 Rumah Sewa Dijual
Jika rumah yang disewakan itu telah dijualkan kepada orang lain, kuatkuasa perjanjian sewa tetap juga berjalan terus sehingga habis tempohnya. Dalam hal yang demikian, orang yang menyewa hendaklah terus berhubung dengan orang yang membeli rumah itu.
1.12 Budipekerti Dalam Sewa Menyewa
Di antara budipekerti yang mesti dijaga oleh masing-masing pihak dalam urusan sewa menyewa ini ialah :
1. Masing-masing hendaklah bertimbang rasa dan jujur.
2. Sempurnakan janji-janji yang telah dibuat dengan sebaik-baiknya.
3.
4. Bila habis tempoh, hendaklah diserah balik barang itu dengan segera.
5. Bayaran sewa hendaklah dibayar segera apabila sampai waktunya.
6. Bila orang yang menyewa ditimpa kesukaran, pihak pemberi sewa hendaklah bertimbang rasa dengan memberi kemudahan atau kelonggaran tempoh pembayarannya.
Wallahua'lam.....
Tuesday, July 7, 2009
Ish3.....
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"bentuk macam taik."
Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"lembik...macam taik."
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"bau macam taik."
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"
Moral: yakinlah kita pada diri sendiri
Gigi Palsu!!!!!!!
Ader pasangan yang dah berumur, kira dah tua la... anak2 semuer dah besar2..masuk universiti..kata orang tinggal berdua jer la.. honeymoon hehehehe... Satu malam tu... dok la pasangan nie tadi menonton tv.... dok syok tengok tv...tup ..tup ..si suami nie kata la kat isteri dia....
"Mah,mah..... " kata si suami...
"Ya bang," lembut jer jawab siisteri...
"anak2 semua dah besar... semua dah tak duduk ngan kita, kan Mah?"
"Kenaper plak, bang. abang rindu kat diorang plak ker?"
"Tak der la Mah, " ujar si suami
"Dah tu...kenaper plak bang?".. isteri menanya. .heran gak...kot...
"Tak ... abang teringat maser kita muda2 dulu.... mah suka gigit telinga abang, kan...
""Cuba Mah gigit skit..abang nak raser..lamer dah Mah tak buat camtu..."
Mendengar saja kata2 si suami tu tadi... maka berlari la si isterinya tadi kedlm bilik....
"Mah..kenaper Mah?" "Mah tak sayang abang ker Mah?" soal si suami...
siisteri didalam bilik tadi tak menjawab...agak lama lepas tu.. si suami memanggil
" Mah...ooo..Mah.. dah la tu.. jangan la merajuk...meh la kita tengok tv nie... tak per la..Mah tak nak gigit pun tak per la...keluar la Mah, Mah marah ker Mah?"
si suami risau takut menyinggung perasaan isteri kesayangannyer itu...
"Tak bang, Mah tak marah"..jawab si isteri dari dlm bilik...
" Dah tu, kenaper Mah dok dlm bilik tu..Meh la kita tengok tv nie..." kata si suami..
Jeng..jeng...jeng... nak tau aper kata si isteri............?
"Mah tengah cari gigi palsu, bang!"
Did You Know..
THE DIFFERENCES BETWEEN LOVE 'N' LIKE...
In front of the person you LOVE,your heart beats faster...But
In front of the person you LIKE, you fell happy.
In front of the person you LOVE, winter seems like spring...But
In front of the person you LIKE, winter is just beautiful winter.
If you look into the eyes of the one you LOVE,you blush
In front of the person you LOVE , you tend to shy...But
In front of the person you LIKE, you can show yourself
You can't look straight into the eyes into the one you LOVE...But
You can always smile into the eyes of the one you LIKE
When the one you LOVE is crying, you cry with him...But
When the one you LIKE is crying , you end up comforting
The feeling of LOVE start from the eyes and
The feeling of LIKE start from ears...
Jangan Buruk Sangka..
Sewaktu si mamat sedang dalam perjalanan menaiki kereta unutk pulang ke Kuala Lumpur daripada Johor Bahru melalui lebuhraya beliau telah berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seoarang tua berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,
"Anak nak ke mana?".
Beliau menjawab rengkas,
"KL".
Orang tua itu bertanya lagi,
"Boleh tumpang sampai Pagoh?"
dan dijawab oleh si mamat tadi,
"Ehm..bolehlah"
Lantas orang tua tadi terus masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata,
"Hai siapalah orang tua nii, orang ke atau???".
Beliau seterusnya meneruskan perjalanannya.
Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya lagi
"Anak ni nak kaya tak?".
Si mamat terdiam dan berkata dalam hatinya,
"Dah aku dah agak mesti orang tua ni tak betul punya dan nak bagi nombor ekor pula"
lantas menjawab dengan bergaya,
"Sebenarnya hidup kita ni pakcik tak perlu nak kaya asal dapat ala kadar cukuplah".
Orang tua itu berkata lagi,
"Ehh pakcik tanya betul betul ni, anak nak kaya tak?.
Jawab si mamat,
"Tak payah lah kaya pakcik hidup sederhana cukup!!"
Orang tua tadi pun diam sehingga sampai di Pagoh dan sebelum turun dari kereta beliau memandang kepada si mamat sambil membuka begnya dan berkata,
"Sebenarnya, pakcik tak ada duit nak bagi kat anak tapi dalam beg pakcik ni ada banyak KAYA YEO HIAP SENG, anak nak tak?"
Si mamat dengan malunya berkata,
"Tak payah lah pakcik"
dan terus beredar pergi.
ha,pengajarannya jgn la kita buruk sangka terhadap org..sebelum kita tolak dengar dulu smpi hbs ape org 2 nk ckp..jika elok kita ambil..sekiranya x,x payah di ambil..
Ingat2la wahai sahabat smue..
awak nampak biru...
Al-kisah nya begini....
HaRi ini SaLeEm cuKoP gemBireEeE.ManE taKnyeE,BuaT PertameE KaLinyeE kAn,Diye aKan bertemu denGan kAwan cHatnye.SaOdaH,ituLah namE kawAn saLeEm.SeLamE nipOn diOrang berDue hanyeE berSemBang di inteRnet dAn aKhirnyeE SaLeEm berJaye JugekKk memujOk saOdaH untOk berJumpE. DaLam kepaLe SaLeEm hanyeE memBayangKan baGaimanE La RupE Si SaOdaH tuH..mintaK-mintaKLa Cun MeLecOn Cam eRra paziRa Ke..CameLia Ke..abBy aBaDi Ke..eCeyHhHh...~
paGit tuE SaLeEm daH berSediye daH mengHadap ceRmin. waLaupOn temuJanJi tengaHari nanti,SeSaJe Je SaLeEm naK paStiKan yAng diye sOrang JeLe manuSiye paLing ensOmMmM aRituH..puyoOoOoO..Dan-dan Je SaLeEm tuR..waKkakKkakakK... paStuKan..peR git..aBeh satu aLmari BaJu diye geLodeH. tapiKkK..iSyh..diyeE x dapAt pOn aGit baJu yAng diye beBetuL naKkKk sanGat tuH.LebiH Kurang pAt Jam woOoO diye pePiLih BaJu tuH..yAng ni taK Kene,yAng tuH taK KenE..KeJap waRne tuE,keJap waRne niE.LaSt-LaSt tuH diyeE piLiH KemeJe LenGan panJang waRne Krim nGan seLuaR sLacKs waRne putiH. seBeLum naK kLua tuH Si SaLeEm niR taK abeH-abeH naK nengOt ceRmin, betuL-betuLKan amBut diyE yAng kOnon-kOnon maCam LeOnardO di kerepOt tuH.SaLeEm senyOm puaS."braD pit taK boLey caRit maKan Le LepaS niEe..!!"waKkakakKkakKkKA..~
SaLeEm naK Jumpe nGan kawAn cHatnye tuE deKat dOme caFe depAn kLcC.SaLeEm jaLan kaKi Je naK git SanE,maKLumLe umaH Diye x Jauh pOn nGan kLcC tuH.maSe diyE jenJaLan tu Kan.. semueR Orang dOk peHati Kat diyeE.AiSeyyy...Sure aKu ensOoOoMm giLe aRi niH.SaLeEm peraSan aDe satu kumpuLan
pOmpuAn-pOmpreng niR dOk biSiK-biSiK paStu sengiH-sengiH Kat diyEe.perLamaKkK aiHhH..maKin kemBang Le LoBang idOng diyeE yAng daH bertawOn taK kOrekK tuH.yAng Si SaLeEm banGGe senGsanGat niH buKan Je pOmpuAn-pOmpreng Je yAng uSha-uSha diyeE,nGan maKciK-paKciK pOn Bantai uSha SamE.
"eHemMm..suRe deReng naK kenenKan aKu JaDit menAntu"
hAi,awaK naMpaK biRu..! tegO sOrang aweK niR.Biru? muKe SaLeEm berKerut-kerut.apeEe yAng biRu ? mungKin aweK tuH naK nguRat aKu taK.. iKikikiKik...SaLeEm sengiH-sengiH LemBu.
"awaK naMpaK biruLaH Hari ni !" sOrang agiK aweK tegO diyeE.SaLeEm Hairan sanGat.mungKin niR trenD naK nguRat-nguraT kOt.ekKkekekKk.
"awaK naMpaK biru woOoO manyaK seKsi !" apeK tePi JaLan pLaK yAng tegO.SambiL-sambiL tuH diyeE geLakKan Si SaLeEm niH.SaLeEm niE punyeLa bLur.arghHhH..buAt bOdo JerKLa. diOrang JeLez tuH aKu ensOoOmmMm ariniH.hehHhehH.LepaS pOnat JaLan,at LaSt sampaiLa JugaK Si SaLeEm niR deKat tempAt yAng Diye JanJi naK JumpE SaOdah tuH.maCam naK peCaH atiK Diye,taK seSaBa naK JumpE SaOdaH.maneLa SaoDah niR ? SaLeEm dOk intAi-intAi.
"awaK naMpaK biru"
"Hai HensOm,biru nampAk"
"Biru,biru tengOk tu"
"yOu LoOk bLue"
"CayaLaH braDer,biru wa caKap SamA Lur"
SaLeEm maKin bLur.DiOrang niH Bute waRne KerK ? aKu Kan paKai serBe putiH.giLe aGaKnye.daH naK mampOs daH tuH. SaLeEm buAt bOdo waLaupOn paDe haKikAtnye,Diye memAng bOdo sKit.LaSt-LaSt tuH SaLeEm nampaKk sOrang pOmpuAn dOk kAt ujOng meJe dekAt daLam KeDai dOme caFe tuH.SaLeEm pOn meLangKaH dOngan penOh maCho tanpE KisaHkAn Orang raMai yAng dOk uSha geraK-gerinyeE.LaGaK Si SaLeEm taK uBaH maCam herO naK teKeL herOinnye.
"Hai ! awaK saOdaH eK? " tanyE Si SaLeEm niR denGan penOh kaBe machOnye.
"yeR,awaK SaLeEm yeR,betuL taK ?
"betuL,taK saLaH agiK.erKkK,apE Kate kaLau Kite git tempAt Lain.Saye taK seLeSeLa bOraK kAt Sini" saLeEm sengiH-sengiH gataL dekAt saOdaH.
"boLeh tuH memAngLa boLeh,waK.tapi seBeLum tuH Kan,saye aDe menDe naK bitawu kAt awaK " saOdaH tutOp-tutOp muLut.
"apEdiye yAng beS sanGat yAng awaK naK caKap tuH ?" SaLeEm daH stArt raSe aDe samtinG yAng sLacK.
"ziP seLuar awaK tuH" SaOdaH daH stArt geLaK maCam berOk daH timE tuH.muKe SaLeEm tetiBe tuKa kaLe.aLamaKkKk ! maCam maneLa boLeH LupE naK tutup ziP niHhHh.SaLeEm tepuK daHi.Dan yAng taK beStnye Kan,seLuaR KeCiK SaLeEm yAng
berKaLe biRu tuH teRang-terAng terpaCuL.patutLa diOrang caKap aKu nampaK biRu !
ciLaKe betuL ! SaLeEm menyeraNaH daLam atiK.
"eEerrRr SaOdaH sayE baLiK duLuLaH yeR,Lain kaLi Kite JumpE aGit,eH ?"
SaLeEm dapAt raSe sAtu kAy eLL dOk geLaKkAn diyeE.kaLau muKe diyE boLeH diLipAt,naKkK Je raSenyeH diyE maSuK kAt daLam pOkEt cuAr.
"awaK nampaK biRu ! "
yAng paSti seKarang,SaLeEm dOk menOnggenG kAt umaH.
"aKu taKnaK kLua umaH aGit daHhHhHhHhHhHhHhHhHhHhHhHhHHhH !!"