Sewaktu si mamat sedang dalam perjalanan menaiki kereta unutk pulang ke Kuala Lumpur daripada Johor Bahru melalui lebuhraya beliau telah berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seoarang tua berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,
"Anak nak ke mana?".
Beliau menjawab rengkas,
"KL".
Orang tua itu bertanya lagi,
"Boleh tumpang sampai Pagoh?"
dan dijawab oleh si mamat tadi,
"Ehm..bolehlah"
Lantas orang tua tadi terus masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata,
"Hai siapalah orang tua nii, orang ke atau???".
Beliau seterusnya meneruskan perjalanannya.
Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya lagi
"Anak ni nak kaya tak?".
Si mamat terdiam dan berkata dalam hatinya,
"Dah aku dah agak mesti orang tua ni tak betul punya dan nak bagi nombor ekor pula"
lantas menjawab dengan bergaya,
"Sebenarnya hidup kita ni pakcik tak perlu nak kaya asal dapat ala kadar cukuplah".
Orang tua itu berkata lagi,
"Ehh pakcik tanya betul betul ni, anak nak kaya tak?.
Jawab si mamat,
"Tak payah lah kaya pakcik hidup sederhana cukup!!"
Orang tua tadi pun diam sehingga sampai di Pagoh dan sebelum turun dari kereta beliau memandang kepada si mamat sambil membuka begnya dan berkata,
"Sebenarnya, pakcik tak ada duit nak bagi kat anak tapi dalam beg pakcik ni ada banyak KAYA YEO HIAP SENG, anak nak tak?"
Si mamat dengan malunya berkata,
"Tak payah lah pakcik"
dan terus beredar pergi.
ha,pengajarannya jgn la kita buruk sangka terhadap org..sebelum kita tolak dengar dulu smpi hbs ape org 2 nk ckp..jika elok kita ambil..sekiranya x,x payah di ambil..
Ingat2la wahai sahabat smue..
No comments:
Post a Comment