~Kata Hikmah~

``Orang Beriman yang dipupuk semangat taqwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan apa sekalipun dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t' '

Saturday, May 30, 2009

Exam Dah Habis.....

Assalamualikum.....

Alhamdulillah,habis jugak akhirnya exam kali ni...rase amat perit sekali untuk mengabiskannya...alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana aku dapat menjawab dengan baik skali..selama 2 minggu exam kami berusaha sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik untuk exam kali ni...terima kasih kepada sahabat2 sekalian yang banyak membantu aku dalam minggu exam tersebut..akhir skali aku berharap kepada semua pelajar IKIP-YARMOUK semoga berjaya dalam exam untuk kali ini...

Thursday, May 28, 2009

Pening Kepala Dibuatnya....

Assalamualaikum......
Hari ini saya menduduki paper Al-Quran...mule2 saya tengok soalan macam senang...tapi bila bace kali kedua, Ya Allah susah sket la...ade surah yang saya tak berapa ingat....sebelum saya masuk ke dewan peperiksaan, saya rase dah habis lancar...bile dah masuk dalam dewan, hmm faham2 je la cam ne...rase nak gugur jantung dibuatnya....tapi alhamdulillah semua soalan dapat saya jawab dengan baik sekali...itu pun datang last2 minit...saya harap dapat la keputusan yang terbaik dalam paper ini...doa2kan la saya...
Sekian sahaja...
Salam Ukhuwah................

Tuesday, May 26, 2009

Minggu Peperiksaan...


Asalamualaikum......

Apa kabar sume?? Saya harap sume chat..sekarang aq dlm mggu final exam tp cme tggl beberapa hari sje lg..tinggal paper al-quran n english...aq start exam pd 20 Mei smpi la 29 Mei ni..paper pertama aq fiqh muamalat n yang sterus nya fiqh ibadat n then mikroakonomi kemudian principle of accounting..hui,mmg ltih tul rase nya..study smpi lewat mlm utk capai target yg d kehendaki..dalam banyak2 paper yang aq duduki,paper fiqh muamalat la yang apling pening skali...rase nak meletup kepala d buatnya..walaupun susah tapi terpakse jgak la jwab kut ape yang aq hafal..paper yang paling senang skali aq rase la, paper microeconomy...nak tau pe sebabnya???...because pensyarah sane amek soalan2 tahun lepas yang senior2 kte org jawab dlu..hehehe..gembira jugak la rase nya....tapi aq harap, aq akan berjaya capai target aq utk sem ni..ok la,jumpa lagi len kli...
Salam Ukhuwah...

Saturday, March 21, 2009

KASIH SAYANG UNTUK SEMUA

Assalamualaikum.....

Setiap hari kita ummat Islam digalakkan oleh agama agar memulakan setiap pekerjaan dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim,yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Begitulah kehendak Allah agar setiap hambanya mengenangNya sebagai tuhan yang bersifat terlalu pengasih & penyayang.

Dan begitulah juga sifat kekasihNya junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w) mempamerkan kaseh sayang dalam  gerak kerja dakwahnya kepada semua insan, tak terkecuali kepada mereka yang menzalimi baginda. Demikianlah rahsia kejayaan Rasulullah, hasil strategi baginda iaitu sabar dan Kasihsayang.Bagi mereka yang mengaku menyambung sirah perjuangan baginda, wajarlah kita mengambil strategi ini supaya kita dapat menikmati kejayaan sebagaimana berjayanya Baginda & para sahabat menawan hati manusia dengan akhlak yang tinggi.

Sekiranya kita berjaya mengamalkan konsep kasih sayang tajaan Rasulullah di dalam ummat Islam di negara kita, kita telah berdakwah kepada bukan Islam secara tidak lansung, kerana fitrah setiap insan sukakan kasehsayang.Hari ini kita perlu sama-sama membuktikan bahawa agama kita adalah agama kasehsayang, dengan membalas setiap kejahatan manusia dengan kebaikan dan mendoakan mereka rahmat Allah Taala.Jauh bezanya tegur kerana sayang, dengan tegur kerana benci.

Bagi mereka yang menegur kerana sayang, jiwa mereka bimbang seandainya orang yang ditegur itu menerima azab & siksaan Allah, kerana dia sendiri terlalu takut pada azab Allah,sehingga takut orang lain menerima azab Allah.Sebaliknya bagi mereka yang menegur kerana benci,mereka akan berpuashati melihat orang yang ditegur itu terdiam,malu & tidak dapat mempertahankan diri kerana dicaci bertalu-talu olehnya,apa yang penting “aku menang”,lagi malu orang itu,lagi bagus,maka dihebohkan maksiat yang dilakukan oleh orang itu.

Para sahabat sifatnya terlalu membenci dosa,tetapi menyayangi dan mengasihani pendosa,apatah lagi sekiranya orang itu orang Islam.Pernah diceritakan,sikap saidina Umar Al-Khattab memaafkan seorang rakyatnya yang menikam beliau dari belakang semasa mengimami solat berjamaah.

Begitu juga sikap saidina Ali karamallahuwajhah,semasa hidupnya orang-orang miskin tertanya-tanya siapakah yang memberi mereka sedekah pada setiap malam,perkara ini berterusan sehinggalah saidina Ali wafat,barulah diketahui beliaulah yang memberi sedekah,kerana tidak ada orang yang memberi sedekah pada setiap malam selepas wafatnya beliau.

Begitulah sikap para sahabat yang memiliki nilai kasehsayang yang tinggi,daripada siapa lagi mereka mencontohinya kalau bukan dari Rasullah. Ayuh semua,kita suburkan kasehsayang dalam perjuangan kita,agar kita dapat membalas lontaran batu dari musuh kita dengan buah yang manis disertai senyuman yang ikhlas dari hati.